Memaparkan catatan dengan label Kaka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kaka. Papar semua catatan

Selasa, 24 September 2013

Cerpen -- Infiniti Cinta

Hai korang!!! Nak share cerpen je yg baru aku selesai buat. Cerpen ini berdasarkan lagu Infiniti Cinta nyanyian Zizan dan Kaka. Kalau korang nak enjoy baca cerpen yang tak seberapa ni korang boleh buka lagu tu. He he :D

Sorry kalau ada banyak kekurangan.

Let's begin !!!



Ziyan Raziq terkedu. Matanya tak berkelip memandang wajah gadis yang berada di hadapannya. Gadis itu! Wajahnya yang begitu selamba memakai cermin mata hitam.Tidak langsung memandang wajahnya yang dikatakan kacak itu. Ziyan Raziq menelan air liur menahan rasa gugup.

Comel wajah putih melepak gadis itu. Anggun juga dengan dress evening warna kuning cairnya. Ayu dengan make-up yang simple. Cantik!!! Itu sahaja yang boleh Ziyan Raziq ucapkan. Alamak!Dah jatuh cinta ke apa Ziyan Raziq ni?

Dia berdehem seketika.Cuba menstabilkan suaranya.Okey…Ziyan Raziq.Ini masanya kau tackle gadis ini.Nampak macam boleh makan je!

“Hai! Saya…” Ziyan Raziq terpinga-pinga apabila gadis itu melepasi dia tanpa sempat dihabiskan percakapannya. Apa ini? Tapi sebelum itu, tinggi juga minah ni weh! 

Dia berpaling melihat langkah gadis itu menuju ke arah pintu restoran mewah itu. Ewah, dalam restoran pun kau sempat nak mengurat Ziyan Raziq! Ala…ada aku kisah? Yang penting aku dapat jodoh aku. 
Ziyan Raziq hampir berlari menuju ke luar restoran. Tiba di luar, dia tidak melihat kelibat gadis itu lagi. Mana dia pergi? Aduhai, melepas!

Bermula ku temu gadis berkaca mata
Comel anggun ayu cantik paras rupa jelita
Tinggi lima tiga laksana primadona
Terigau mimpi sini juga khayal nyata sana

...

“Jazz, kau tengok lelaki itu. Kacaknya.Tergoda weh!”Jazzmina Emilyn memandang ke arah lelaki yang ditunjukkan Ekin.Macam pernah nampak.Dia mengerutkan dahi.

Kerusi di hadapannya ditarik.Laura meletakkan handbagnya di sebelahnya. Tudungnya sudah kelihatan senget benget.

“Minah! Kau ni kenapa selekeh sangat.”Ambik kau! Ekin ini bukannya pandai lapik sikit mulut itu.

“Aku penatlah. Site ada masalah tadi. Nak datang sini pun jalan sesak. Mana tak selekeh aku.” Laura menyisip minumannya.

“Tu arr…jadi jurutera lagi? Kan dah tension.” Jazzmina Emilyn meneruskan suapan makanannya yang tergendala tadi.

“Eleh…ni kenapa korang tak tunggu aku.Terus makan je.Tak ingat ke kawan sejati kau ini?” Laura dah nak mula merajuk.

“Kau tengok jam pukul berapa? Takkan nak kawan kau ni mati kebuluran.”Balas Ekin.Laura tersengih nampak gigi.

“Ye lah. Aku tahu. Sorry beb!”Jam sudah menunjukkan 3:02 petang.Memang patutlah kena makan dulu. Chicken Rice Shop ini pun dah hampir lenggang.Cuma ada beberapa lagi pelanggan yang masih membeli makanan.

“Siapa lelaki tu Laura? Kenal tak?”Laura berpaling ke belakang melihat lelaki yang ditunjukkan Ekin. Lelaki itu duduk semeja bersama-sama dua orang lelaki sepuluh meter dari tempat mereka duduk sekarang.

“Eh…itukan Afiq. Apasal aku tak perasan tunang aku itu.”Laura mengambil iPhonenya. Mungkin menghantar text kepada tunangnya, Afiq. Mereka baru enam bulan mengikat tali pertunangan.Insya-Allah, tak lama lagi akan kahwin.

“Aku pun tak perasan tunang kau tadi. Lama tak nampak kot.Eh…kejap tu Fikri kan? Wah! Dia makin segak sekarang.”Ujar Jazzmina Emilyn.

“Tapi weh….handsome lelaki tu! Dari jauh pun aku dah nampak hidung dia mancung macam Shah Rukh Khan, hero Bollywood aku tu.” Haila…si Ekin, tak habis-habis dengan bollywoodnya.

“Kalau kau nak, pergi je lah dekat lelaki tu.Apa susah.”Jazzmina Emilyn menolak bahu Ekin.

“Tak nak aku. Lelaki mesti start dulu. Barulah gentleman.”Alasan je tu Ekin.Kau malu sebenarnya ini.

Laura berpaling belakang. Jazzmina Emilyn melihat Afiq dan Fikri mengangkat tangan menyapa. Lelaki yang ditunjukkan Ekin tadi hanya memandang.

“Afiq dan Fikri jumpa rakan kongsi diorang. CEO syarikat besar tau! Aku kenal dia tapi lupa pula namanya.” Laura menyimpan iPhonenya dalam handbag.

“Kenapa kau boleh lupa? Jomlah pergi kat meja diorang. Aku nak jumpalah.” Wajah Ekin kelihatan teruja. Jazzmina Emilyn hanya menggeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah Ekin.

“Kau hati-hati sikit Ekin.Lelaki itu playboy tau.Satu KL tahu dia ada perempuan keliling pinggang.”Ujar Laura.

“Ye ke? Tengok muka pun dah tahu.”Jazzmina Emilyn tersenyum sinis.Baru dia ingat yang dia terjumpa lelaki itu di sebuah restoran mewah dua minggu lepas.Dia ketika itu baru selesai membuat penghantaran kek yang dipesan oleh salah seorang pelanggan tetap kedai keknya.

Lelaki itu macam terpesona memandang dia masa tu.Tahulah yang Jazzmina Emilyn ni cantik.Wekk…masuk bakul angkat sendiri pula kau!

Apapun,tengok pada gaya lelaki itu masa tu, lelaki itu macam nak masuk line tackle dia.Tapi sorrylah, dia tak suka lelaki yang pantang tengok gadis berdahi licin, pasti nak mengurat.

“Tak kisahlah.Playboy boleh berubah apa!” Tegas nada Ekin.
“Nak kenal ke? Diorang aku rasa dah habis perbincangan tu.Aku panggil eh? ” Laura berpaling.

“Hey…jangan !” Jazzmina Emilyn terlambat. Laura sudah pun memanggil mereka. Dia ketap bibir.Sebenarnya Jazzmina Emilyn rasa lain macam tengok lelaki itu. Rasa berdebar-debar.Cintakah ini? Tak! Ini mesti mainan perasaan je.

“Ok Jazz. Buat-buat selamba. Jangan beri muka dekat lelaki sangat lebih-lebih lagi lelaki playboy macam tu.”

Mereka bertiga mendekati meja Jazzmina Emilyn,Laura dan Ekin. Dalam pada itu, Ziyan Raziq rasa berdebar-debar sama juga dengan Jazzmina Emilyn. Adakah ini jodoh walaupun belum bertentangan mata?

Pernah kau terdengar
Tiada dara yang ku renggang
Itu kisah ku dulu reputasi lamaku
Seribu memurai usah satu pun kau percaya
Seribu mengadai kau satu sumpah setia

...

“Awak nak apa?” Jazzmina Emilyn terpaksa memandang wajah Ziyan Raziq di hadapannya. Lelaki playboy yang dikatakan Laura. 

“Saya nak awak! “ Selamba Ziyan Raziq berkata.Dia meletakkan sebungkus coklat Cadbury di hadapan gadis pujaanya itu.

Sejak dia berjumpa Jazzmina Emilyn di restoran dua bulan lepas, dia selalu mengunjungi kedai kek kepunyaan gadis itu. Sah! Memang dia sudah mabuk kepayang dengan gadis ini. Dia tak kisah dengan siapa gadis itu berkasih. Prinsipnya, selagi tak berkahwin, selagi itulah dia akan kejar.

Nampak lagi sifat playboy Ziyan Raziq yang susah dihakis tu. Namun hakikatnya, sejak berjumpa dengan Jazzmina Emilyn, dia sudah tinggalkan semua perempuan yang keliling pinggang itu.No more woman, no more relationship, no more problem.

“Sudahlah tu.Saya dah kata dengan awak yang saya tak suka awak. Faham tak awak?”Jazzmina Emilyn mengeluh.Penat melayan lelaki ini.

“Okey…okey. Saya faham.”Nampaknya buat masa ini pendamkan rasa hati kau tu dulu Ziyan Raziq.

“Dah tu? Kenapa asyik datang kedai kek saya? Kalau sekali sekala tak mengapalah juga. Ini hari-hari.Muaklah saya tengok muka awak.”Jazzmina Emilyn menjeling menyampah lelaki itu. Kerja mencatat rekod penjualan kek yang tertangguh tadi diteruskannya.

“Betul ke? Saya minta maaf. Lain kali saya tak datang hari-hari kedai kek awak.” Suara Ziyan Raziq mula kedengaran sayu. Alamak sensitiflah pulak.

“Awak nak beli kek ke? Yang coklat ni siapa punya?” Jazzmina Emilyn menukar topik.

“Saya nak bagi coklat ini dekat awak.” Bersinar mata Ziyan Raziq apabila gadis itu mula berlembut dengannya.

Jazzmina Emilyn mengambil coklat itu.Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.Orang nak bagi, ambil je lah. Lagipun dia hantu coklat. Dia suka kesemua jenis coklat.

“Awak tak suka saya tak mengapalah. Tapi boleh kita jadi kawan?”Ziyan Raziq senyum ikhlas di depan gadis itu. 

Jazzmina Emilyn mengetap bibir. Lelaki ini tak tahu putus asa.Seboleh-bolehnya juga nak rapat dengan dia.

“Saya tak suka kawan dengan lelaki macam awak. I mean playboy.” Uh…pedasnya Ziyan Raziq. Nampaknya gadis ini tahu dia playboy dulu.

“Itu dululah Jazz. Reputasi lama saya. Saya dah tinggalkan itu semua.Percaya saya. Kawan?” Ziyan Raziq dah mula mengelabah. Jujur dia kata, dia memang dah tinggalkan sifat dia dulu.

“Ye ke? Bukti? Saya akan jadi girlfriend awak kalau awak berjaya buktikan dalam 77 hari.” Oppss… apa yang kau mengarut ni Jazzmina Emilyn. Dia gigit bibir.

“Betul ke? Kalau saya berjaya buktikan saya bukan playboy lagi, awak nak jadi girlfriend saya? Yehoo…saya akan buktikan!”Ziyan Raziq menjerit gembira. Peluang keemasan.Tak akan dia sia-siakan.

Jazzmina Emilyn menunduk. Dah terlajak kata. Macam mana kalau Ziyan Raziq berjaya buktikan dia bukan playboy lagi? Hu hu menangis tak berlagu nanti.

“Okey.Tapi kenapa 77 hari?” Tanya Ziyan Raziq kehairanan.

“Entah! Tiba-tiba muncul dalam kepala saya. Atau mungkin 77 hari itu tempoh hari saya berjumpa awak pertama kali sampai sekarang.” Ujar Jazzmina Emilyn dengan selamba.

“Awak kira tempoh hari sejak pertama kali kita jumpa sehingga sekarang. Wahh… maknanya awak sentiasa ingat sayalah ini?” Riak muka Ziyan Raziq kelihatan nakal.

“Tak ada maknanya. Saya kira pun sebab nak tahu berapa lama playboy macam awak ni sanggup kejar saya. Itu saja.”Jazzmina Emilyn mula tak tentu arah.

“Okey, saya percaya awak.Tapi awak kena tahu yang…” Ziyan Rafiq mendekatkan wajahnya dengan wajah Jazzmina Emilyn.

“Yang saya sanggup kejar awak sampai hujung nyawa saya. Ingat tu!”Bisik lelaki itu.Perlakuan Ziyan Raziq membuatkan mata Jazzmina Emilyn membuntang kerana terkejut lantas menjauhkan wajahnya daripada lelaki itu.

Jazzmina Emilyn menelan air liur. Ziyan Raziq hanya ketawa terbahak-bahak.

“Sukalah tu sakat saya?” Wajah gadis itu kelihatan merah.Malu.

“Okey…lupakan tentang tu.Perjanjian kita? Deal? Saya Ziyan Raziq.” Lelaki itu menghulur tangan kanannya.

Jazzmina Emilyn mencatat sesuatu di dalam diarinya.

“Perjanjian kita dimulai pada Selasa, bertarikh 29 Januari 2013, jam 4:45 petang dan tamat pada Isnin, bertarikh 15 April 2013, jam 4:45 petang. Saya Jazzmina Emilyn. Our agreement is deal.” Tangan lelaki itu disambut.

“Eh…15 April itu birthday sayalah. Kebetulan pula.” Ziyan Raziq ketawa.

“Huh! Kebetulan lah sangat.”

Jazzmina Emilyn memandang wajah Ziyan Raziq dengan perasaan menyampah, manakala Ziyan Raziq hanya tersenyum lebar.

“Awak tunggu saja Jazzmina Emilyn.Saya akan buat awak jatuh cinta dengan saya.” 

Salam perkenalan yang disulami dua hasrat
Moga-moga kita kekal hingga ke akhirat
Seharusnya kita kekal hingga ke akhirat

...

“Alamak! Macam mana aku nak balik? Hujan lebatnya.”Jazzmina Emilyn memandang langit yang kelam. Dia pantas mengelak apabila tempias hujan membasahkan bajunya.

“Menyesal pula tak bawa kereta hari ini. Payung pula tak ada.” Jazzmina memeluk dirinya yang kesejukan.Nak telefon Laura dan Ekin, bateri iPhonenya dah lemah.

Kebiasaanya kedai kek Jazz de Cakes tamat operasi pada pukul 8 malam. Disebabkan ramai pelanggan, terpaksalah dia melanjutkan sampai pukul 10 malam.Isma, pekerjanya sudah balik sebelum Isyak tadi.

“Redah je lah. Nasib baiklah stesen LRT tak jauh sangat.”Mahu tak mahu Jazzmina Emilyn melangkah cepat meredah hujan yang mula membasahkan dirinya.

Tiba-tiba kakinya tersadung sesuatu.Kedebukk….

“Adoi…sakit lah.Siapa yang buang tin minuman merata-rata ni.Tak ada kesedaran sivik langsung.” Jazzmina Emilyn mengambil tin minuman tadi dan membalingnya tanpa arah yang dia ketahui.

“Sudahlah hujan, tersadung pula.Habis basah baju aku.” Dia cuba bangun dari jatuhnya tapi kaki kirinya terasa amat sakit.Terseliuh nampaknya.

Cahaya lampu sebuah kenderaan datang dari hadapannya. Jazzmina Emilyn terpaku.Oh tidak…aku tak nak mati! Barulah dia sedar yang dia duduk di tengah jalan.

Dalam kehujanan, Jazzmina Emilyn menjerit.Lantas dia menutup matanya.
Bunyi seretan tayar kereta jelas kedengaran di telinga Jazzmina Emilyn.Tapi tiada apa-apa yang berlaku.

“Aku tak kena langgar ke?”Jazzmina Emilyn membuka matanya perlahan-lahan kerana menahan silau cahaya lampu di hadapannya.Mengigil-gigil badannya menahan ketakutan dan kesejukan.

Sambil itu, dia tidak lagi terkena hujan.Cuma tempias hujan.Dia mendongak ke atas.Ada orang sedang memayungnya.Siapa?

“Hello brother! Nak berdrama pun janganlah di atas jalan. Jalan ini orang nak gunalah. Hujan lagi ni pun.” Pemandu kenderaan di hadapan Jazzmina Emilyn mengeluarkan kepalanya dari tingkap.

“Sorry bro! Girl aku tersadung. Sorry sesangat.” Jazzmina Emilyn kenal suara itu. Ziyan Raziq! Dia buat apa kat sini? Dah 3 hari tak nampak dia datang kedai.

“Awak boleh bangun tak?” Ziyan Raziq mencangkung di  sebelahnya. Tersenyum walaupun keadaan masih lagi mencemaskan.

Jazzmina Emilyn mengelengkan kepala. Kaki sakit. Macam mana nak bangun.

“Izinkan saya angkat awak.Nah, pegang payung ini.” Tanpa ragu-ragu Jazzmina Emilyn mengambil payung dari tangan lelaki itu. Entah kenapa dia seakan-akan jadi penurut.

Tanpa membuang masa Ziyan Raziq mencempung badan gadis itu.Kelihatan wajah gadis itu terkejut.Dia menahan ketawa dalam hati.Ziyan Raziq bukannya   berniat nak mengambil kesempatan terhadap gadis itu.

“Maaf sekali lagi bro!” Ziyan Raziq menyapa pemandu tadi kerana menyusahkan.

“Okey! Kahwin cepat-cepat. Nanti melepas.Hahaha.” Lelaki itu pun berlalu dengan keretanya. Hujan masih lagi menimpa bumi cuma tidak selebat tadi.

Ziyan Raziq hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.Matanya memandang wajah Jazzmina Emilyn yang memerah.Walau hanya dengan simbahan cahaya lampu jalan, masih nampak wajah gadis itu memerah dan tetap…cantik! Terpukau Ziyan Raziq.

Jazzmina Emilyn ingin menangis rasanya. Malu tak terkata. Berpayung dalam hujan dengan lelaki mencempung badannya. Romantik ke? Oh tidak!!!

“Cepat turunkan saya! Saya nak balik! Ambil kesempatan betul!”Perlahan suara gadis itu.Wajah Ziyan Raziq langsung tidak dipandang.

Klise di hatiku kau bermaharajalela
Manifesto luput bila nafas henti hela
Tiada medan yang takkan ku banting yang ku juang
Demi seru kau sayang demi kau seorang
Demi seru kau sayang demi kau seorang

Ziyan Raziq hanya ketawa.

...

Orang yang lalu lalang tidak diambil peduli oleh Ziyan Raziq dan Jazzmina Emilyn yang duduk di bangku.Suasana amat damai di Taman Tasik Titiwangsa.

“Apa ni?”Kotak kecil sebesar tapak tangan itu hanya dipandang sambil lalu oleh Jazzmina Emilyn.Sudah dua minggu kejadian dalam hujan itu berlalu.

“Bukalah.Khas untuk kita berdua saya tempah.”Ziyan Raziq menatap wajah gadis yang makin hari makin cantik dia rasakan. Penangan cinta memang macam ini ke?

Jazzmina Emilyn mengambil kotak itu dan membukanya. Isi di dalamnya membuatkan gadis itu terpaku. Cantiknya!!!

“Ini cincin couple. Saya nak kita berdua pakai.” Ziyan Raziq mengambil kotak di tangan Jazmina Emilyn dan mengambil isinya. Kedua-dua cincin itu dia letakkan di atas telapak tangannya.

“Awak ambil ini dan sarungkan sendiri di jari manis awak. Saya pun ambil cincin lagi satu ini dan sarungkan sendiri. Cepat ambil!”Ziyan Raziq memandang wajah Jazzmina Emilyn.Tersenyum manis.

“Tapi kenapa? Kita bukan couple.”Jazzmina Emilyn menanya lelaki itu.

“Lagi 60 hari saya kena buktikan yang saya bukan playboy. Dalam tempoh tu juga, saya nak awak jatuh cinta dengan saya. Cincin ini sebagai tanda yang awak milik saya.”Jelas Ziyan Raziq.

“Apa? Maksud awak?” Jazzmina Emilyn bangun dari duduknya.Terkejut dengan pernyataan lelaki itu.

Ziyan Raziq hanya tersenyum tipis. Dia bangun dari kerusi taman itu dan melangkah ke arah tasik dihadapannya. Angin damai menyapa wajahnya. Dia menarik nafas panjang.

 “Jujur saya kata, saya jatuh cinta dengan awak ketika pertama kali kita berjumpa di restoran hari itu. Apa orang kata, cinta pandang pertama.” Ziyan Raziq menatap wajah Jazmina Emilyn.

“Ish…mengarut awak ni.”Jazzmina Emilyn menjeling.

“Kalau saya berjaya buktikan yang saya bukan playboy, mesti awak jadi girlfriend saya kan?"

“Ye…kenapa pula?”Tanya gadis itu.

“Saya tak nak ada girlfriend yang tak mencintai saya.”Jawab Ziyan Raziq.

“Ohh…itu sebab awak nak buat saya jatuh cinta dengan awak.Macam tu?” Jazzmina Emilyn mengerutkan dahinya.

“Tepat sekali!”

 “Yang awak selalu datang kedai saya sejak kita jumpa ramai-ramai tu, apa tujuan awak?”

Ziyan Raziq tersengih nampak gigi.

“Tanya lagi tu! Apa lagi? Saya nak awak jadi kekasih sayalah.” Ziyan Raziq mendekati Jazzmina Emilyn. Gadis itu berundur ke belakang sehingga dia terduduk di kerusi tadi.

“Dah tu kenapa awak pura-pura tanya saya? Kononnya nak jadi kawan.” Kedua-dua tangan Jazzmina Emilyn melekap di dada lelaki itu. Menjaga jarak antara dia dan lelaki itu.Tengok-tengoklah orang sekeliling Encik Ziyan oii.

“Permulaan sesuatu hubungan. Status kawanlah yang membuatkan sesuatu hubungan menjadi lebih jauh.Tapi saya bertuah. Sebab awak dah tawarkan diri nak jadi girlfriend saya apabila tamat perjanjian ini.” Ziyan Raziq menjarakkan dirinya dan duduk di sebelah gadis itu.

Jazzmina Emilyn hanya menjeling. Kalau tak terlepas cakap tak adanya nak jadi girlfriend kau Ziyan Raziq!

“Nah…ambil cincin ni sarungkan di jari awak.” Ziyan Raziq menghulurkan cincin tadi.

“Saya tak nak pakai.”Jazzmina Emilyn memeluk tubuh.

“Apa lagi ni awak? Saya dah jelaskan tadi apa tujuan cincin ni.” Keluh lelaki itu.

“Saya pasti saya tak akan jatuh cinta dengan awak dalam tempoh perjanjian kita.” Tegas suara Jazzmina Emilyn.

“Kenapa awak yakin sangat?”

“Saya yakinlah. Awak kan playboy sejati? Saya tak percaya dengan kata-kata manis awak. Andai kata saya jatuh cinta dengan awak dalam tempoh perjanjian kita, mesti awak sia-siakan saya lepas perjanjian itu kan?”Jazzmina Emilyn menatap wajah lelaki itu. Lelaki itu mengeluh.

“Cuma percaya saya boleh tak? Saya janji tak akan sia-siakan awak.” Ziyan Raziq rasa sebak.Macam ini rupanya seksa cinta tak terbalas.

Jazzmina Emilyn menelan air liur.Dia menarik nafas panjang. Kedua-dua cincin di telapak tangan Ziyan Raziq dia ambil dan menyimpannya semula di dalam kotak tadi. Ziyan Raziq terkedu.

“Kalau awak berjaya buktikan awak bukan playboy dan berjaya buat saya jatuh cinta dekat awak dalam tempoh perjanjian kita, kita berdua akan sama-sama pakai kedua-dua cincin ini. Itupun kalau awak berjayalah. Kalau tak saya buang.”

“Kenapa tak pakai sekarang?”

Jazzmina Emilyn tersenyum sinis.
“Sebab kita bukan couple.”

Jazzmina Emilyn berlalu pergi meninggalkan Ziyan Raziq keseorangan di situ.Lelaki itu menarik nafas panjang kemudian tersenyum lebar. Gadis itu perangainya macam-macamlah.

dan apa pula kau 
mahu jelas satu-satu 
leraikan yang terbuku 
dan segala di dadamu

...

Hujung minggu, Jazzmina Emilyn bersama-sama dengan Laura dan Ekin membeli- belah di Times Square. Gelak ketawa mereka bertiga memang meriuhkan suasana.

“Untunglah kau. Ziyan bagi cincin couple tu. Korang bercouple ke apa?” Ekin membelek cincin yang berada di jari manis Jazzmina Emilyn. Mereka ketika itu singgah di Baskin Robbins menghilangkan lelah bershopping sakan tadi.

“Ekin…si Jazz ni lagi untung dapat kena cempung dengan Ziyan. Dalam hujan lagi.Romantik siot!” Laura dah mula nak menyakat.

Jazzmina Emilyn dah tak tahu nak buat apa dengan karenah rakan-rakannya tu. Layan sajalah. Ais krim coklat dihadapan disantap dengan selera.

“Lagi untung dapat kahwin dengan Ziyan. Wahh…jeles aku weh! Ciri-ciri lelaki idaman aku ada kat Ziyan pula. Hidung mancung tu. Aset berharga tau.” Ekin dah mula merapu.

Langsung ketiga-tiga mereka ketawa.

Sampai satu ketika, Jazzmina Emilyn perasan akan kehadiran Ziyan Raziq di suatu sudut. Dengan seorang perempuan. Duduk rapat-rapat pula tu!
Muka Jazzmina Emilyn mula memerah. Hatinya rasa macam mengelegak. Ah…playboy memang tak serik-serik. Bencinya.

“Aku nak balik. Korang naik teksi eh? Aku baru teringat ada hal.” Not 50 dikeluarkan dan diberikan kepada Laura. Dia lantas keluar daripada tempat itu sebelum hatinya meletup.

“Apasal?”Laura menanya Ekin. Gadis itu hanya mengangkat bahu. Namun,baru Ekin perasan apa yang menyebabkan Jazzmina Emilyn ingin cepat keluar dari sini.

“Ziyan Raziq!”Jarinya ditunjukkan kepada lelaki itu.Laura berpaling. Kemudian Laura dan Ekin memandang antara satu sama lain.

“Gotcha!”

...

Sejambak bunga ros merah di kaunter hanya dipandang sekilas. Jazzmina Emilyn mengambil sampul surat berwarna putih yang terlekat di jambangan bunga itu. Dia lantas membukanya.

Cinta bukan saja bukti ku uftikan cinta infiniti
Janji tak ditinggalkan
Tetapi ditepati
Kau istimewa tiada metafora setara
Jadi tiada metafora kerna kau tidak ketara

Ziyan Raziq

“Wah!!!Mendalam maksudnya.”Jazzmina Emilyn menyimpan kad di dalam sampul surat putih itu semula.Dia termenung di situ.

“Kenapalah aku bodoh sangat nak cemburu bagai dengan lelaki itu. Kau sendiri kata yang kau tak suka dia. So what?”Jazzmina Emilyn rasa ingin ketuk-ketuk dirinya dengan tukul. Kenapa dia lari dari tempat itu waktu itu. 

‘Kau dah menunjukkan yang kau suka dia.Wuarghh…’

Laura dan Ekin sudah menerangkan segalanya kepada dia.Hanya satu salah faham. Perempuan itu adalah adiknya.

 ‘Itulah kau! Hal ehwal tentang keluarga lelaki itu kau tak nak ambil tahu.Kan dah malu.’ 

Sejak isu itu, Ziyan Raziq beberapa hari ini hanya memujuknya ingin menyelesaikan salah faham antara mereka. 

Malunya Jazzmina Emilyn.'Mengaku sajalah engkau memang dah jatuh cinta dengan Ziyan Raziq.Kalau dah cemburu bagai tu, tak ke tandanya sayang?'

 “Ziyan Raziq…lagi 36 hari untuk awak buktikan cinta awak.Tepati janji awak!”Okey, Jazzmina Emilyn memang fall in love dengan Ziyan Raziq. Mengaku sudah!

“Saya akan buktikan!”Jazzmina Emilyn mendongak.Wajah lelaki itu berada di hadapannya.

“Macam mana?”Dia bangun dari kerusinya. Lembut sahaja suaranya menyapa pendengaran Ziyan Raziq.

“Ikut saya!”

Ucapkanlah kata-katamu dengan gurau sendamu
ku cuba menahan ketawaku
Jelaskanlah apa kau mahu
Kan ku sedia menunggu
Apa yang ku rasa kau tak tahu

...

Pemandangan matahari terbenam di hadapannya sangat mengagumkan. Subhannallah! Cantiknya nikmatMU Ya Allah. 

“Awak sanggup bawa saya jauh-jauh cuma nak datang sini?”Jazzmina Emilyn tak sangka lelaki itu sanggup meredah perjalanan sejauh 50 km semata-mata ingin datang ke pantai Port Dickson.

“Saya dapat tahu ada wanita suka tengok matahari terbenam bersama pasangannya. Kata mereka, lelaki yang menemani pasangan mereka melihat matahari terbenam bersama-sama, itu tandanya lelaki itu romantik sangat.Itu yang saya bawa awak kat sini.” Teruja nada suara Ziyan Raziq memberitahu.

“Awak bukan dah romantik ke?”Opps…terpecah rahsia.

“Awak perasan eh? Sukanya saya.” Ziyan Raziq melangkah ke pinggir pantai. 

“Ala…mana ada.Saya…err…”Terkedu sudah!

Jazzmina Emilyn memerhatikan ramai juga orang yang berada di situ. Kebanyakannya pasangan muda dan tua meluangkan masa menikmati pemandangan matahari terbenam.

“I LOVE YOU Jazzmina Emilyn!!!” Jeritan Ziyan Raziq membuatkan gadis itu terkejut. Jazzmina Emilyn cepat-cepat merapati lelaki itu.

“Apa yang awak buat ni? Malulah. Orang tengok tu.” Jazzmina menarik hujung kemeja lelaki itu. Memberi amaran.

“Peewitttt….cayalah bro!” Seorang lelaki menjerit. Jazzmina Emilyn melihat ada ramai orang yang mengeliling dia dan Ziyan Raziq. Oh…malunya.

Ziyan Raziq mendekati Jazzmina Emilyn. Dia menatap wajah gadis itu yang sudah kemerahan. Satu yang dia suka pada gadis ini, mukanya pasti akan cepat merah apabila diusik, malu atau marah. Comel!

“Happy Birthday Sweety! I love you!” Bisikan Ziyan Raziq membuatkan hati Jazzmina Emilyn berdegup lebih kencang.Tapi…tunggu! Birthday? Dia tahu?

Dia mendengar suara Laura dan Ekin menyanyikan lagu Selamat Hari Lahir.Mereka pun ada kat sini? Jazzmina Emilyn dah kehilangan suara. Kejutan yang tak disangka. Akhirnya, orang ramai yang berada di situ tadi pun turut menyanyikan lagu tersebut.

Jazzmina Emilyn terharu sangat dengan kejutan Ziyan Raziq, Laura dan Ekin. Jujur, dia sangat berterima kasih akan kejutan ini. Rasanya ini memang kenangan indah selama 27 tahun dia hidup.
 
“Saya rasa saya jatuh cinta dengan awak sekali lagi, Ziyan Raziq!”

Kan baru saja aku bilang
Ku mahu seru kau sayang
Hikayat kau aku
Tanpa dia dan bayang-bayang
Diteraju kau aku sutradara yang Maha Esa
Tetap kau aku 
lintas bandar rentas desa

...

“Laparnya. Pelanggan ramai pula.”Jazzmina Emilyn melihat pekerjanya, Isma terkejar-kejar melayan karenah pelanggan. Dia hanya menyiapkan pesanan dan berada di kaunter untuk menerima bayaran.

“Hello?” Iphonenya yang berbunyi diangkat. Ziyan Raziq!

“Saya dekat kedai lagi ni.Banyak customer pula.”Jazzmina Emilyn mendengar pesanan yang diucapkan Ziyan Raziq.Rupanya lelaki itu ambil berat juga pasalnya.

“Ok.Saya jaga diri.Thanks.”Jazzmina Emilyn tersenyum dengan karenah Ziyan Raziq.Macam-macam.

Sejam kemudian, kedai kek Jazzmina Emilyn ditutup. Isma sudah bergerak balik memandangkan jam sudah menunjukkan 10 : 30 malam. Kerja lebih masa disebabkan pelanggan ramai. Alhamdulillah rezeki Allah.

“Aku rasa nak makan maggi cup pula. Singgah seven eleven kejaplah.”Dia memarkirkan keretanya di depan kedai itu.

Pintu kereta ditutup.Berpaling ke belakang dia terlanggar seseorang.Lelaki!

“Arghhh…sorry!” Jazzmina Emilyn mendongak ingin memandang wajah lelaki yang baru dilanggarnya.

“Awak! Macam mana boleh ada kat sini?”

Ziyan Raziq tersenyum.

“Saya ikut awak dari kedai tadi. Saya risau awak sorang-sorang tutup kedai.Nanti jadi macam hari itu.”

“Apa-apa jelah awak.”Jazzmina Emilyn melangkah ke arah seven eleven.

“Tunggu! Awak nak beli apa?”Tanya lelaki itu.

“Saya nak beli maggi cup.Laparlah.”

“Saya beli.Awak tunggu kat sini.”

Jazzmina Emilyn ingin menghalang namun melihat lelaki itu sudah bergerak masuk ke kedai dia hanya tunggu di depan keretanya.

Ziyan Raziq seorang lelaki yang tak suka mengalah.Dia akan kejar apa yang dia nak.Itulah yang Jazzmina Emilyn perhatikan sifatnya.Lelaki itu memang romantik juga.

Kalau tak ada iman dalam dada ini, sudah lama agaknya dia cair dengan perlakuan romantik Ziyan Raziq. Gadis mana yang tak terpikat dengan wajah Ziyan Raziq yang kacak lagi-lagi dengan hidung mancungnya itu.

Eh kejap! Wajah Ziyan Raziq ada sikit iras-iras Zizan Razak, pelawak popular Malaysia.Tengok nama pun hampir-hampir sama. Kembar ke apa? Ha ha ;-)

“14 hari lagi awak.Tolong buktikan awak bukan playboy. Buktikan cinta awak dekat saya.” Bisik Jazzmina Emilyn.

“Nah…ambil ni.Hati-hati cup ini panas.” Huluran Ziyan Raziq dia sambut.

“Terima kasih.” Sudu yang di beri lelaki itu pantas diambil. Bau aroma maggi kari pun dah membuatkannya tak sabar memakannya.

Ziyan Raziq hanya merenung wajah gadis pujaannya itu. Nampak teruja.
”Cepatlah perjanjian bodoh ini tamat. Aku dah tak sabar ingin bersama dengannya.”Bisik hati Ziyan Raziq.

Takkan ada lagi cinta yang setara
Kau dan aku
Kau dan aku

Mereka berdua tidak peduli lagi dengan keadaan sekeliling.

...

‘Apakah guna seorang raja tanpa permaisuri jelita disisinya’
 
Kertas yang ditulisnya dihulurkan kepada Ziyan Raziq dihadapannya.Lelaki itu hanya tersengih.

‘Ibarat jantung tiada degupannya’

Ziyan Raziq pula menghulurkan kertas itu tadi setelah menulisnya.

“Ohh...tunggu eh?”Laju tangan Jazzmina Emilyn menulis.

‘Dan diri aku bisa jadi ratu kamu’

Ziyan Raziq merenung mata gadis itu.Main kasar nampak!

‘Dan memangnya kau ratu aku’

Jazzmina Emilyn tergelak.

‘Andainya kamu mampu buktikan padaku’

Ziyan Raziq merenung wajah gadis itu yang selamba mengenakannya. Sedari tadi mereka bermain satu permainan. Dalam satu kertas mereka meluahkan rasa hati.

“Tak cukup ke bukti yang saya tunjukkan?” Perlahan suara lelaki itu.
Jazzmina Emilyn terpaku. Err…

“Saya rasa macam dah putus asa. Jazzmina Emilyn, susahnya nak dapatkan cinta awak.”Ziyan Raziq merenung sayu wajah gadis itu.

“Kurang dari 24 jam lagi perjanjian kita kita akan berakhir. Nampaknya dalam tempoh perjanjian kita, saya memang tak boleh dapatkan cinta awak.” Lelaki itu bangun dari duduknya.

“Awak…” Jazzmina Emilyn nak meluahkan sesuatu tapi

“Cuma satu saya nak tanya.Selama tempoh perjanjian kita.Ada tak awak jatuh cinta dengan saya?” Ziyan Raziq melutut di sisi gadis itu.

Jazzmina Emilyn terdiam.Matanya hanya merenung mata lelaki itu.

Seminit berlalu 

“Ok! Baiklah.Saya mengalah.” Mata lelaki itu sudah merah.

“Ziyan…” Perlahan suara Jazzmina Emilyn.Matanya sudah bergenang.

 “Cincin couple yang saya bagi, awak buanglah. Lepas perjanjian kita tamat esok, saya tak akan cari awak lagi.” Ziyan Raziq berlalu keluar daripada kedai kek gadis itu.

Apa guna cincin-cincin couple itu lagi kalau dia tak berjaya buat gadis itu mencintainya walaupun dia berjaya buktikan dia bukan playboy lagi.Ziyan Raziq tidak dapat menahan air matanya.

“Kenapa cepat sangat awak mengalah Ziyan?” Jazzmina Emilyn menekup mukanya dengan kedua-dua tangannya.

...

Ziyan Raziq menatap wajah gadis di hadapannya. Jazzmina Emilyn masih lagi mampu mengetarkan hatinya. Gadis itu kelihatan sangat manis bertudung.

“Lagi beberapa minit masa perjanjian kita hampir tamat.” Ujar gadis itu.

“Saya rasa dah tak ada gunanya perjanjian ini masih berjalan.Tak boleh kita tamatkan perjanjian ini sekarang?”Tanpa nada Ziyan Raziq berkata.

Ziyan Raziq menerima text dari Jazzmina Emilyn supaya menemuinya pada petang itu di restoran mewah tempat pertama kali mereka bertemu. Dia pergi kerana semata-mata ingin melihat wajah gadis itu buat kali terakhir.

Namun kejutan buatnya kerana hanya mereka berdua di dalam restoran itu. Tiada orang lain. Apa tujuan gadis itu?

Jazzmina Emilyn menyisip minuman di hadapannya.

“Empat minit lagi.” Sambung Jazzmina Emilyn.

“Awak cakap apa yang awak nak! Saya nak cepat, ada urusan tak selesai lagi ini.” Ziyan Raziq menyandarkan tubuhnya pada kerusi.

Jazzmina Emilyn mengeluarkan kedua-dua cincin couple mereka dari kotak kecil. Dia meletakkan di hadapan lelaki itu.

“Awak agak apa yang saya akan lakukan kepada cincin ini? Boleh tak awak teka?” Tanya Jazzmina Emilyn. Lelaki itu terkejut.

“Lebih kurang tiga minit lagi.” Iphone Jazzmina Emilyn yang mengira masa perjanjian mereka yang tinggal. Ziyan Raziq berdebar.

“Cincin-cincin ini kenapa tak buang?” Ziyan Raziq menatap gadis itu.

“Saya nak tunggu saat-saat tempoh perjanjian kita tamat.”Ucap Jazzmina Emilyn tanpa ragu-ragu.

“Oh...awak nak buat saya malu ke? Cincin ini nanti awak nak buang depan mata saya. Macam itu?”Terjah lelaki itu.

 “Dua minit lagi.”Selamba saja gadis itu.

“Jangan seksa saya boleh? Saya tahu saya tak boleh dapatkan cinta awak. Please, jangan buat saya lebih malu macam ini.” Nada suara Ziyan Raziq berubah perlahan.

Jazzmina Emilyn rasa sebak.Oh…jujur dia memang tak nak tengok lelaki itu kecewa.

“Seminit lagi.”

“Okey, saya pasrah.”Ziyan Raziq menunduk memandang cincin couple itu di hadapannya. Dia tahu gadis itu tak akan menerimanya.

“Awak masih cintakan saya lagi?” Tiba-tiba Jazzmina Emilyn menanya.Lelaki itu memandang wajahnya.

“Cinta infiniti untuk awak.”Mata Ziyan Raziq berair.

“Lima…empat…tiga…dua…”Jazzmina Emilyn mengira. Ziyan Raziq menelan air liur.

“Okey…perjanjian kita dah tamat.” Ziyan Raziq menunduk.

“Awak! Pandang saya boleh?”Jazzmina Emilyn memanggil lelaki itu.

Ziyan Raziq terpaksa memandang gadis itu.Sungguh dia malu.Namun, dia terpana apabila melihat perlakuan gadis itu.

Jazzmina Emilyn menyarungkan cincin couple yang berada di atas meja di jari manisnya.Dia tersenyum.

“I love you! Infinity love.”

Mata Ziyan Raziq tak berkelip.Apa yang baru dia dengar tadi?

Jazzmina Emilyn meletakkan cincin couple lagi satu di hadapan lelaki itu.

“Cincin ini awak pakai sendiri eh?”

“Awak terima cinta saya?”Dalam pada itu, tangan Ziyan Raziq tetap juga menyarungkan cincin tersebut di jarinya.

“Ye lah! Awak dah buat saya jatuh cinta dengan awak? Saya terimalah awak.”

“Macam mana?”Tergagap-gagap lelaki itu.

“Dalam tempoh perjanjian itu, awak berjaya buktikan awak bukan playboy lagi dan juga membuatkan saya jatuh cinta dengan awak.”

 “Jadi saya berjayalah? Saya memang dapat memenangi hati awak? Kenapa awak tak cakap semalam? Kenapa buat saya terseksa?”

“Sebab saya nak prank awak Ziyan Raziq! Happy Birthday!!!”Jazzmina Emilyn menjerit keriangan.

Ziyan Raziq tak tahu nak cakap apa apabila melihat keluarganya membawa kek hari jadi di hadapannya. Kawan-kawan dia dan Jazzmina Emilyn ada juga.

“Awak…sampai hati awak.Buat saya terkejut macam ni.”Ziyan Raziq menjeling manja Jazzmina Emilyn.

“Awak! Saya nak awak cepat-cepat kahwin dengan saya. Saya tak nak couple tau!” Tanpa malu Jazzmina Emilyn mengatakannya membuatkan muka Ziyan Raziq memerah.

Keluarga Ziyan Raziq, Laura, Ekin, Afiq dan Fikri yang berada di situ hanya ketawa.

Apa pula muka Ziyan Raziq yang merah kerana malu? Sepatutnya Jazzmina Emilyn yang malu. Entah apa-apa!

Satu satu aku mahu kamu
Dua dua hanya kita berdua
Tiga tiga bersama-sama selamanya

Selasa 09:32 PM

Kalau enjoy tolong komen ye !!! Sayang korang ;-)