Selasa, 24 Disember 2013

Cerpen : Err...Tomboy LOVE Mr. Annoy ??? (Part 2)


Ada juga sambutan cerpen ni eh ? Walaupun beberapa orang je tapi thanks sangat2 sudi baca. Sorry lambat update ;)

 Nah...part 2 bagi cerpen Err...Tomboy LOVE Mr. Annoy ???

Let's begin...

Sebelumnya di Part 1

‘Aku ni macam isteri mamat tu pulak.Nak hidang hidang segala.’Rungut Kimie.

Tanpa dia sedari,dia tak ikut tertib yang selalu dia buat di depan Atuknya.

“Nurakimie Narissa!Kenapa kamu tak ikut tertib yang Nek kamu ajar tu?”

Suara Tuan Razman membuatkan Kimie tertumpahkan gelas yang berisi air sirap untuk dihulurkan kepada mamat sengal di sebelah dia.Paling parah lagi,air tu tertumpah dekat baju mamat tu.

Kimie mengigit bibir.Dalam pada itu dia tergelak dalam hati.Ambil kau kereta kebal.Haha…

Amar Fahin terkedu.

....


“Ops! Sorry.Tak sengaja.” Kimie pandang Tuan Razman. Memang selalunya dia di depan atuknya mesti tatasusila dan adab sopan ada di mata atuknya.Tapi hari ini pula dia lupa nak praktik benda itu. Mamat tu lah pasal. Sesekali tu dia jeling mamat tu yang sedang pandang dia tak puas hati.

“Kenapa kamu minta maaf pada atuk? Mintalah maaf dekat Amar Fahin. Kamu buat dia macam itu.” Tuan Razman suruh Kimie minta maaf.Tapi macamlah dia nak sangat. Demi terikutkan arahan atuknya terpaksalah dia buat.

“Sorry ye awak? Tak sengaja. Maaf ye.” Kimie buat suara manja dan sikap tergedik-gedik. Nak cover beb! Kalau atuk tahu dia punya perangai mengalahkan lelaki, sudah ditentukan dia pasti akan dikerat empat belas oleh Tuan Razman.

Suara manja Kimie menyebabkan Amar Fahin terkedu. Dia pandang Kimie. Mak aihh…sifat dia dengan aku macam lelaki. Depan atuknya macam gadis melayu terakhir.Tapi tak tahulah dia sifat Kimie dengan orang lain macam mana.

“Amar Fahin! Kamu maafkanlah si Nurakimie Narissa ni. Entah apa benda yang difikirnya.Nurakimie Narissa! Pergi ambil tuala dan baju Tuk bagi Amar Fahin.” Arah Tuan Razman.

“Ye Tuk.Siap menerima arahan.” Kimie terus bergerak ke bilik atuknya.Dan kemudian muncul pula Puan Rasnah dan Nek Mah dari dapur di ruang makan.

“Apa ke benda yang bising tadi tu bang? Sampai dapur terdengarnya.” Tanya Puan Rasnah.

“Cucu bertuah awaklah tu Rasnah.Entah apa yang difikirnya cucu awak tu sampaikan tertumpah air kat Amar Fahin.”Jawab Tuan Razman.

“Lorr…macam tu ke. Apa kena dengan Nuna tu? Tersampuk kut.” Nek Mah menyampuk. Dan sebelum tu panggilan Nuna itu buat Kimie. Ambil dari pangkal dua huruf nama Kimie.

‘Nuna? Kelakarnya nama.’Tergelak Amar Fahin dalam hati.

“Hisy! Apa ni Kak Mah?Tak ada bendanya haihh…” Puan Rasnah balas cakap Nek Mah,jirannya.Apalah jiran aku ni.Cucu aku dikatakan tersampuk.Simpang malaikat 44.Nauzubillah…

“Err…ni towel dengan bajunya tuk.” Kimie datang balik ke ruang makan dengan membawa benda yang disuruh atuknya.

“Ha…bagi benda tu dekat Amar Fahin.Tunjukkan bilik air untuk dia.Amar Fahin! Kamu ikut cucu atuk ni pergi bilik air.Ganti baju kamu.”

“Te..rima kasih tuk.”Fuhh…lega Amar Fahin.Nasiblah dia dengar bebelan Tuan Razman tadi kalau tak buat malu je.Dah dia tenung anak dara orang macam nak makan. Amar Fahin bangun dari kerusi.

Kimie terpaksa mengikut arahan atuknya.Nanti entah apa nasib yang diterimanya nanti kalau tak ikut arahan. Dalam hati sumpah seranah untuk Amar Fahin.

“Fahin! Lepas ganti baju tu datang sini balik. Makan ye. Kamu tak sempat jamah pun lauk yang cucu nek ni masak.” Ajak Puan Rasnah.

“Oh…ye Nek.Terima kasih ye nek.” Amar Fahin pandang Puan Rasnah. Sekali lagi dia mengucapkan terima kasih.

“Kamu tu hati hati sikit dengan Nuna tu. Dia bukan boleh percaya.” Nek Mah memberi peringatan kepada Amar Fahin.

“Apa ni Nek Mah? Kenapa nak berhati hati dengan Nuna pula? Nuna bukan kidnapper pun.Tak pun perogol bersiri ke.” Kimie membela diri. Apalah Nek Mah ni. Dia dikatakan bahaya.

“Dahlah tu. Nurakimie Narissa.Tunjukkan bilik air.Kesian Amar Fahin.Dah melekit dengan air sirap kamu tu.” Tuan Razman bersuara.

Mahu tak mahu Kimie terpaksa membawa Amar Fahin pergi bilik air. Kalau tak dikenangkan atuknya beri arahan dah lama dia sepak mamat ni keluar.

“Aku tak sangka pula kau ni hipokrit. Depan keluarga kau kau macam gadis melayu terakhir. Depan aku macam lembu jantan terlepas dari kandang.” Suara Amar Fahin muncul di pendengaran Kimie. Mereka ketika itu dalam perjalanan menuju ke bilik air bersebelahan dapur.

“Suka hati akulah. Ada masalah dengan kau ke?” Kimie membalas tapi dengan suara yang perlahan. Nak mampus atuk tahu kalau dia layan tetamu macam ni.

“Memang! Memang ada masalah dengan aku. Kau yang cari pasal dengan aku semalam.” Amar Fahin berhenti melangkah. Kimie di depan pun berhenti dan berpaling ke arahnya.

“So, pasal semalamlah ni kau tak puas hati dengan aku. Lantak kaulah. Kau yang cari pasal dulu.” Selamba Kimie menjawab. Ada dia heran ke kalau si Kebal ni tak puas hati dengan dia.

Amar Fahin tak tercakap apa.Tak tahu sebenarnya nak cakap apa. Boleh pula dia terkedu depan minah tomboy ni. Tak patut! Tak patut! Amar Fahin mengeleng-geleng kepalanya.

“Kali ini aku lepaskan kau. Sebab kau cucu atuk Man.Kalau tak dah memang aku buat kau jadi minah sejati balik.” Ujar Amar Fahin. Selepas tu dia melangkah ke pintu bilik air di belakang Kimie. Semasa melangkah tu dia sengaja melanggar bahu Kimie sampai minah tu terdorong ke belakang. Dia tersenyum mengejek.

“Kau ni kan…memang…menyakitkan hati betul.” Geram betul Kimie. Kalau diikutkan memang dia nak sepak terajang mamat tu.Tapi atuknya nanti tahu lebih baik dipadamkan niatnya terlebih dahulu.

“Oi…kebal! Kau tunggulah nanti. Ada lori ada bas, ada hari aku balas.” Kimie terus berlalu ke ruang makan.

Amar Fahin di dalam bilik air hanya tergelak.

“Hari yang kau balas tu lah aku yang terlebih dahulu balas. Just wait and see. Aku duduk sini seminggu beb!”
………………………..

Esoknya...

Selepas solat jemaah subuh di ruangan solat, Kimie menuju ke biliknya. Dia bagi alasan kat atuk dan neneknya nak kemas bilik.Tapi dalam hati nak tidur sebenarnya. Mengantuk.

Amar Fahin di situ tidak dipedulikan. Dia terus melangkah untuk masuk biliknya. Di biliknya dia terus menanggalkan telekung dan terus menghempas badannya di katil.

“Apa hal katil ni lain macam je ni? Lantak je lah.Yang penting tidur.” Kimie terus memejamkan matanya.Tidak diingatnya pesan neneknya jangan tidur lepas subuh.Rezeki tak masuk.Malang yang datang menjenguk.

Setengah Jam Kemudian…

“Apa benda yang berat kat perut aku ni. Batu ke?” Kimie membuka matanya. Dia pandang siling biliknya.

“Peliknya.Siling bilik aku kan berbunga,apahal pula siling kosong ni.” Kimie terdengar deruan nafas.

“Apa tu?” Dia paling mukanya ke sebelah. Muka bertemu muka. Hidung bertemu hidung dan nasib baik bibir tak bertembung.

“Arghhhh…” Menjerit dia terkejut lantas ditendang makhluk di sebelahnya.

“Aduh…”Amar Fahin terjerit sakit. Dia terus mengosok pinggangnya akibat ditendang dan tergolek di bawah katil ni.

“Kau buat apa kat sini kebal? Kau nak rogol aku ke? Hah…?” Mulut Kimie tak ada insuran lagi.

Amar Fahin menenyeh-nenyeh matanya. Dibuka luas-luas matanya memandang ke arah siapa punya suara.

“Ro…rogol? Apa maksud kau? Jangan main tuduh.” Amar Fahin bangun. Dia terus menuding jari ke arah Kimie.

“Macam mana aku tak tuduh kau kalau kau tiba-tiba ada kat sebelah aku.Tujuan kau tak lain dan tak bukan nak ambil kesempatanlah.Nak mengambil kesempatan terhadap kaum yang lemah. Macam aku ni. Huarghh..mak…tolong …” Air mata mula menitis di pipi. Kimie tarik selimut menutupi dadanya. Malu siot!

“Hey!Jangan nak perasan. Aku tak ada seleralah dengan kau. Geli aku.” Siap buat aksi geli-geli lagi Amar Fahin.

“Ada selera ke tak ada selera ke aku tak peduli.Yang penting lelaki semua sama. Atuk! Nenek!” Kimie meraung.

“Hoi! Diamlah!” Terus tangan kanan Amar Fahin menekup mulut Kimie sementara tangan kirinya membawa kepala Kimie ke dadanya. Kiranya posisi mereka sekarang Amar Fahin sedang menindih Kimie. Di atas katil pula tu.

Kimie terkejut dengan perbuatan Amar Fahin sampai terkedu.Tak tahu nak cakap apa. Rasanya itu kali pertama dia berada dalam dakapan seorang lelaki yang bukan ada pertalian darah denganya. Jantungnya laju berdegup. Terpaku Kimie sekejap dengan adegan itu.

Amar Fahin bangun dari menindih Kimie. Dia sebenarnya secara tak sengaja terpeluk minah tu.Ye lah takut atuk dan nenek Kimie dengar jeritan minah ni.Tak ke naya. Dia pandang Kimie.

‘Apasal pelik minah ni? Berangan pula. Atau dia ni syok kot aku peluk dia tadi.Tak pernah kena peluk ke?’ Tangan dilambaikan di hadapan muka Kimie.

Terasa ada tangan dilambai.Kimie tersedar dari berangannya.Terlihat muka Amar Fahin yang pandang pelik mukanya. 'Aku berangan ke tadi.’

Terus Kimie menolak Amar Fahin di depannya.

”Apahal kau peluk aku? Gatal!” Kimie gigit bibir.

"Hey ! Sesedap rasa je kau cakap aku macam tu! Kau ingat aku nak sangat peluk kau ke?" Bidas Amar Fahin.

"Err...aku...hisy !" Ah...sudah tak tercakap. Kimie bangun dari katil. Setelah diperhatikan bilik ini, dia rasa ini salahnya. Huhuhu...salah masuk bilik. Mengantuk punya pasalllah ni!

"Lagipula...kau nak atuk dan nenek dengar jeritan kau ke? Nanti orang tua tu tahu tak ke kita ni boleh je kahwin free-free. Kau nak? Nak?" Amar Fahin memandang gelagat minah tomboy tu yang sedang memperhatikan sekitar bilik.

"Hisy! Dahlah aku nak blah bilik aku. Ugh !" Kimie mula melangkah ke pintu bilik.

"Oit! Aku belum selesai dengan kau. Aku nak kau minta maaf dengan aku. Dahlah kau tendang aku sampai tergolek aku. Lepas tuduh aku nak rogol kau. Lagi tu kau cakap aku gatal. Oii ! " Amar Fahin menarik tangan kiri Kimie.

"Lepaslah! Malas aku nak minta maaf kat kau. Wekkk..." Kimie menjelirkan lidahnya. Tangan kanannya mula memulas tombol pintu.

"Hey! Kau memang cari nahas kan? Nanti kau aku..." Amar Fahin terbeliak matanya. Melihat dua orang di depannya.

"Apa ? Elehhh..." Kimie memusingkan badan menghadap pintu yang telah dibukanya. Langsung terkedu.

"Atuk...Nenek..." Ujar mereka serentak. Oh tidak !

Tuan Razman dengan sorotan mata yang tajam dan Puan Rasnah dengan kedua-dua tangan menutup mulutnya. Terkejut.

Agak-agak apalah yang terjadi ?

...

Kimie menundukkan kepala menunggu Amar Fahin berada dihadapannya untuk menyudahkan acara pembatalan air sembahyang.

Apabila lelaki itu sudah berada di hadapannya, Kimie menghulurkan kedua-dua tangannya untuk menyalam lelaki yang baru sah menjadi suaminya tadi. Ye...Amar Fahin dah jadi suaminya.

Why? Asal tiba-tiba nikah ni dengan lelaki ni? Mimpi ke Nurakimmey Narissa? 

Bersambung...

Pendek pula rasanya part 2 nie!

Huhu...sorry korang. Kena tunggu part 3 nampaknya. Hehe ;)
Betul ke diorang nikah ni? Cubalah teka.