Cerpen ini dah lama dibuat.Enjoy je lah ye baca korang!!
Cik Origami,I LOVE U !!!
“Arissa!Aku
nak tempah origami.Buat origami hati eh?Nak empat belas.Aku nak esok.Bayaran
jangan risau.Ok.”Azian dari kelas sebelah nak tempah origami hati.Catat jangan
tak catat.Nanti lupa pulak aku.
“Aku pun nak
origami.Aku nak dua puluh empat origami bunga ros. Aku nak esok
juga.Penting!”Qadri dari kelas lain nak tempah juga.Catat!
“Origami
bintang!Origami bintang!Aku nak esok juga.Nak sepuluh.Aku bayar esok.”Hidayah
rakan kelas aku pun tempah juga.Catat lagi.
Selepas
diorang tempah origami,ramai lagi rakan- rakan dari kelas lain berpusu pusu
mencari aku.Al maklumlah aku ni kan terror buat origami.Cikgu pun nak tempah
dengan aku.Aduhai…bongkak pulak aku ni.
Tapi hasil
dari buat origami inilah aku dapat duit nak tolong ibu kat rumah.Keluarga aku
ni susah.Aku buat origami ni pun secara senyap senyap.Takut ibu marah.Sekali
sekala,adik lelaki aku,Akmal datang secara sembunyi membantu aku membuat
origami kalau tempahan banyaklah.
Sepuluh tahun
lepas,ayah aku pergi tinggalkan ibu,aku sendiri dan Akmal kerana kebakaran di
pejabat tempat ayah aku menjawat jawatan kerani awam.Sedih aku sekeluarga.Tapi
ini dah takdirNya.Redhalah dengan ketentuanNya.
Origami!Aku
belajar buat origami ni dari arwah ayah aku juga.Arwah ayah aku yang dah terror buat origami suka sangat ajar
aku.Arwah ayah aku ada cerita,kisah cinta dia dengan ibu adalah melalui
origami.
Aku masa tu
umur 7 tahun yang tak beberapa faham apa benda berasa teruja dengan cerita ayah
aku tu.Origami!Pertemuan dua jiwa menjadi satu.Kisah cinta arwah ayah dan
ibu.Cinta melalui origami.Origami burung.
Kalaulah ada
lelaki yang buat macam tu kat aku.Melafazkan rasa cinta melalui origami burung
macam arwah ayah buat.Tapi setakat ini tak ada seorang lelaki buat macam tu kat
aku.Berangan je lah.Umur baru 17 tahun ada hati nak rasai cinta.Tapi tak
mustahil kan?
Sudah
sudahlah berangan ye Arissa.Angan tak akan jadi kenyataan.Kalau ada pun macam
cara biasa lelaki tackle perempuan.Melalui bunga,coklat atau pun dengan kunjungan
merisik.Hemmm….tapi aku nak rasa jugak.
“Aris!Ada
orang nak jumpa kau esok.Budak praktikal kat sekolah kita yang aku cerita
semalam tu.Yang handsome dan kiut miut tu.Jumpa tau.Mirza bagi amanah kat aku
ni.”Suara Fifi menghilangkan lamunan aku di dalam bas.Perempuan ni memang.Dia
ni suka sangat panggil nama aku dengan singkatan Aris.Aku tanya dia kenapa dia
kata pula…
“Alah…kau
kan tahu aku tak ada kawan lelaki.Yang ada pun si Mirza,sepupu aku.Tu lah pasal
aku panggil dengan nama Aris.Tu macam nama lelaki kan?”
Aku dah
menyampah nak tegur dia supaya tak lagi panggil nama aku macam tu.Fifi ni
perangainya macam ustazah sedikit.Sebab ayah dia ustaz kat sekolah aku.Ayah dia
memang dah larang si Fifi ni bergaul dengan lelaki.Manalah tahu terjadi maksiat
pula.Itu ayah dia katalah.Tapi secara diam diam,si Fifi ni kadang kadang kawan
dengan lelaki juga.
”Apa salah
berkawan asalkan jangan cari musuh.Lagipun ayah aku tak tahu pun.”Dia cakap
macam tu sebab aku tegur dia kenapa dia kawan dengan lelaki kalau ayah dia dah
larang.Dah tu pulak ayah dia dah bagi amanah kat aku suruh jaga dia ini.Memang
mencari nahas aku ni.
“Fifi!Kalau
kau nak keluar dengan lelaki ke ajak aku sekali ye.Ayah kau dah bagi
tanggungjawab kat aku ni.Boleh eh?”Aku tanya dia pada suatu hari.
“Ok.Aku ajak
kau nanti.Lagipun macamlah aku nak keluar dengan lelaki sangat.Aku cuma nak
kawan je.Aku janji dengan kau ok.”Fifi jawab dengan senag hati.
Memang dari
hari itu dia tunaikan janji dia.Kalau dia jumpa Mirza,rakan sekelas merangkap sepupu belah ayah dia mesti diajaknya
aku.Tak nak ada fitnah katanya.Kitaorang jumpa Mirza pun untuk belajar je.Ayah
dia tak ada hal.
“Ohh…Aris.Kenapa
kau termenung.Aku di sini sedang menunggu jawapan mu.”Fifi bernyanyi di sebelah
aku.
“Ye lah mak
minah.Boleh tak kau jangan menyanyi.Nanti hujan kang.Macam mana aku nak
balik.”Dahlah rumah aku jauh dari tempat bas sekolah ni berhenti.
“Oh okey
Aris.Ingat tau esok.Dah lah… aku nak turun.Bas dah nak berhenti tu.Bye.”Fifi
bangun dari duduk di sebelah aku.
“Eh
jap.Kenapa budak praktikal tu nak jumpa aku.Macam mana dia kenal aku.Aku tak
kenal dia pun.”Aku tanya Fifi.
“Entah…kau
tanya dia sendiri ye.Bye.”Fifi jawab macam tu je.Selepas tu dia turun dari bas
dengan beberapa penumpang lain.Sebelum bas bergerak aku jenguk ke luar tingkap
dan melambai Fifi.
“Ingat esok
tau!”Fifi menjerit kat aku.Dia ni sempat juga menjerit macam tarzan kat aku
ye.Aku bersandar di kerusi.
Dan…kenapa
budak praktikal tu nak jumpa aku.Mengikut dari cerita Fifi semalam,budak tu
dihantar oleh sekolahnya di sekolah aku untuk membuat praktikal .Praktikal apa
aku tak tahulah.Tapi praktikal itu untuk keputusan SPM juga.Beberapa pelajar
sekolah lain jugak dihantar untuk buat praktikal.
Macam mana
dia boleh kenal aku pun tak tahulah.Para pembaca tahu tak?
…………………………………………..
“Nah 14
origami hati.”Aku menghulurkan kepada Azian.
“Ini 24
origami bunga ros,Qadri.”
“Dan ini 10
origami bintang untuk kau Hidayah.”
Dan tempahan
rakan rakan lain aku serahkan jugak.Penat tau semalam membuat origami ni.Nasib
baiklah Akmal membantu.Dapat juga tambah duit nak bantu ibu.
“Arissa!Nah…ada
orang bagi kau.”Hakim ,rakan sekelas aku bagi sesuatu.Secebis koyakan
kertas.Aku pergi belakang kelas.Buka kertas tu.
Nur Arissa
Ainani…
Jumpa saya
di library waktu balik tuisyen nanti.
Aliff Damien
Siapa pulak
Aliff Damien ni?Budak praktikal tu ke?Dia nak jumpa aku buat apa.Nak tempah
origami ke?Hisy!Asyik asyik origami je aku fikirkan.
“Asal ada
orang nak jumpa kau mesti ingat orang tu nak tempah origami je Arissa kan?Jumpa
je lah Aliff Damien tu.”Aku berjalan ke tempat duduk aku.Nak buat
origamilah.Tapi kenapa sunyi sangat.Aku pandang sekeliling.Rakan sekelas aku
pandang aku pelik. Eh eh…Aku cakap kuat ke tadi kat belakang?Sampai macam tu
sekali diorang pandang aku.
Di Library
Ada beberapa
orang pelajar di library.Bagus betul pelajar sekolah aku.Petang petang macam ni
pun rajin lagi pergi belajar.Library sekolah aku ni lain sikit sebabnya ia buka
sampai pukul 6 petang.Baguskan?
Aku mencari
cari Aliff Damien manalah tahu dia mengamit aku datang kat dia ke.Tapi mana
pula dia ni.Dah lah aku tak kenal dia sepatah haram pun.Terkial kial aku
mencari.Akhirnya aku duduk juga di kerusi.Biarlah si Aliff Damien tu cari aku
sendiri.Lagipun dia kenal aku.
Rasa rasanya
aku bermaustautin kat library ini dalam setengah jam jugak.Aku dah panas hati
ni. Menjengkelkan lah budak tu.Kalau si Aliff Damien tu tak datang dalam 5
minit lagi,lebih baik aku blah.Sia sia aku menunggu. Dah lak pulak aku kena
balik sebelum pukul 6.Kang lambat alamatnya aku kena tinggal bas gamaknya.Sekarang
pun dah pukul 5.25 petang.
Aku dah
putus asa.5 minit bagi peluang pun dia tak datang.Aku nak balik.Tugasan sekolah
nak buat,origami nak buat,kerja rumah lagi.Haiihhh…banyak kerja harus dibuat
aku.
“Asalamualaikum.Maaf
saya lambat.Tadi ada perkara penting nak dibuat.”Ada suara yang mengejutkan aku
yang sedari tadi merungut.Aku berpaling dan seorang budak lelaki tersenyum ke
arah aku.
Mak
aiihhh…handsomenya.Cair aku di buatnya.Agaknya ni kut Aliff Damien.Hilang rasa
jengkel aku kat dia sebab muka dia kiut sangat.Terjatuh cinta tu tak adalah ye.
“Awak!Maafkan
saya?”Tangan dilambaikan dihadapan mukaku.Alamak!Boleh pula aku terberangan.
“Awak
membazir masa saya tahu.Saya dahlah kena balik cepat.”Aku cakap kat dia.Biar
dia tahu aku ni dah penat menunggu.
“I’m sorry.”Mahu
tak mahu Aliff Damien kena minta maaf dekat gadis ni.Salah dia juga sebab
lambat jumpa.Bukannya dia sengaja.Dia terborak borak(berbual) dengan
Adam,rakannya tadi.
“Sudahlah.Ada
apa nak jumpa saya?”Aku tanya budak lelaki depan aku ni.Jam ditangan sudah
menujukkan pukul 5.35 petang.Habis aku.Jalan kaki nampaknya kalau lambat.
“Saya nak
tempah origami.Boleh kan?”Aliff Rafiq menjawab.Aduhai Aliff!Sudah tentulah
gadis ni boleh ditempah origami.Dah dia ni ratu origami.
“Lah…tu je
ke awak nak jumpa saya.Kalau macam tu baik awak datang kelas saya.Buat penat
saya menunggu awak tau.”Kalau aku tahu dia nak jumpa pasal origami dah tentunya
aku tak datang tadi.
’Tapi
tadikan memang kau dah dapat agak ke yang budak ni nak tempah origami.’Alahai
pening aku.
“Maaf
ye.”Maaf lagi diucapkan lelaki ni.Tak penat ke?
“Ok…ok.Awak
nak tempah origami apa?Satu origami 50 sen.Nak apa?”Aku dah malas nak tunggu
lama lama ni.Tertinggal bas aku nanti.
“Saya nak
origami burung.Nak seribu.Boleh?”Dia kata apa?Aku dah terkejut beruk dengar
permintaan dia.
Aliff Damien
memandang pelik gadis depan dia.Apa kena pulak ni.Sampai buntang mata pandang
aku.Apa…tak pernah ada orang ke tempah origami sebanyak tu ke?Dia mengaru garu
kepalanya.
……………………………………………….
Malam tu di
dapur aku,Akmal dan ibu makan malam.Hanya lauk ikan cencaru sambal dan sayur
goreng yang hanya dijamah.Tapi dah kira eloklah tu daripada tak ada.Syukur
Alhamdulillah.
“Arissa!Kamu
jual origami lagi ke?”Soalan ibu mengejutkan aku yang sedang minum air.Sampai
tersedak aku dibuatnya.
“Ya
Allah…Arissa.Apa kamu ni?Ibu baru tanya soalan sampai tersedak kamu.Nah minum
air ni.”Ibu memberikan air kepada aku.
Aku minum
air dengan rakus.Hampir tercekik aku ni.Tercekik kenapa?Tercekik sebab soalan
ibu tadi.Aduh!Macam mana nak jawab ni.Aku gigit bibir.
“Kakak ni
memang ibu.Gelojoh sangat.Macam tak minum selama seribu tahun.”Suara Akmal
kedengaran.Alahai…budak ni,bukannya nak tolong aku backup jawab soalan ibu tadi
tapi menambahkan gelisah aku
adalah.Akmal cakap seribu ke tadi?
Seribu
mengingatkan aku pasal petang tadi.Aliff Damien tempah seribu origami.Gila!Tak
pernah ada orang tempah sebegitu banyak macam dia.Dah sah sah dia tu dah gila.Tapi
aku lupa pulak nak tanya apa tujuan dia tempah origami beratus macam tu.
“Arissa!Soalan
tadi.Kamu jual lagi ke origami?”Alamak ibu tanya lagi.Macam mana nak jawab.Aku
pandang adik aku.Tolong!
“Apa?”Akmal
pandang aku balik.Aduhai lagi.Adik aku ni buat buat bodoh pula.
“Arissa!Ibu
tanya ni.Jawab.”Suara ibu dah naik volume.Macam mana ni.
“Err…Arissa
buat origami…”Ibu bangun dari duduk.
“Tapi…Arissa
bukan jual ibu.Arissa buat saje saje.Isi masa lapang.”Aku teruskan cakap
sebelum ibu naik marah.Ampunkan Rissa ibu.Terpaksa tipu ibu.Ibu aku duduk
balik.
“Arissa!Kamu
ingat pesan ibu.Ibu tak nak kamu jual origami.Nak cari duit biar ibu cari.Rissa
hanya tumpukan perhatian kepada SPM.Tahun ni penting.”Aku hanya menggangguk
mengiyakan.
Tapi
ibu,Rissa tak nak susahkan ibu.Rissa kesian tengok ibu kerja kat kedai Pak
Musa.Rissa tengok ibu macam penat sangat.Origami je lah Rissa dapat bayar
yuran.Duit yang ibu bagi untuk bayar yuran Rissa simpan je bu.Untuk Rissa sambung belajar nanti.Aku pandang ibu.
“Sini
Rissa.Akmal!Mari kat ibu.Ibu nak peluk kamu berdua.”Ibu mendepangkan tangan.Aku
dan Akmal terus meluru ke pelukan ibu.Sayang ibu.
“Janji
dengan ibu.Belajar sungguh sungguh.Banggakan ibu,sekali dengan arwah ayah
ok.”Aku dan Akmal terus eratkan pelukan.
“Arissa!Boleh
tak ibu buat satu permintaan.”Ibu pandang aku.Aku diam mendengar.
“Ibu tak nak
kamu buat origami lagi.Itu je permintaan ibu.Ibu tak nak hidup dalam kenangan
arwah ayah kamu lagi.Ibu sedih.Origami buat ibu sedih.Origami tu buat hidup ibu
macam malang.”Ibu peluk aku balik.Aku dapat merasai air mata ibu basah di
bahuku.Aku pandang Akmal di sebelahku yang sedang menahan tangisan.
“Arissa
janji ibu.”Aku cakap.Kenapa aku cakap macam tu?Aku kan tak boleh berpisah
dengan origami.Lagipun arwah ayah pesan suruh aku buat origami.Tolong
bahagiakan ibu dengan origami.Pesanan terakhirnya.
“Akmal pun
janji yang Akmal akan pastikan akak tak buat origami lagi.”Akmal menyampuk
juga.Akmal!Kenapa kau berjanji juga.Kau kan tahu akak ratu origami.
“Terima
kasih anak anakku.Ibu bangga dengan Arissa dan Akmal.Ibu sayang anak ibu
ni.”Kita orang terus berpeluk dalam tangisan.
Ibu tak nak
hidup dalam kenangan arwah ayah lagi.Origami!Ibu sangat benci origami.Sepuluh
tahun lepas,arwah ayah meninggal kerana origami.Origami burung yang ingin
diselamatkan arwah ayah di pejabat.
”Kerana
origami ayah kamu meninggal.Ibu benci origami.”Teriakan tangisan itulah aku
dengar.Ketika aku berumur 7 tahun.Malam tu.Malam ulangtahun perkahwinan arwah
ayah dan ibu.
“Bakar
origami tu semua.Bakar!”Selepas tu ibu pengsan.Aku disitu dipeluk nenek.Di
depan jenazah arwah ayah.
“Maafkan
Rissa ibu.Selama ini Rissa ingat origami boleh bahagiakan ibu.Itu arwah ayah
kata masa Rissa 7 tahun.Tapi,Rissa ingat balik kenangan dulu rupanya ibu benci
origami. “
“Rissa akan
cuba tunaikan janji Rissa.Yang Rissa tak akan buat origami lagi.Rissa akan
cuba.Rissa sayang ibu.Sayang juga Akmal.Dan sayang juga arwah ayah.”
Aku lena
dalam tangisan di pembaringan malam tu.Origami!Pergilah.Jauhilah aku.Aku nak
melupakanmu.
…………………………………………………
“Lah…Rissa.Kenapa
tak nak buat origami lagi.”
“A’ahlah.Kenapa
tak nak buat.”
“Habis…macam
mana aku nak bagi origami kat makwe aku.”
“Aku nak
bagi pakwe aku juga.Buatlah balik origami.Please.”
“Buatlah….buatlah…”
Aduhai….pening.Aduh…
binggung.Arghh…risau aku dibuatnya.Diorang ni menyeksa aku sungguh.Aku dah kata
dengan diorang yang aku tak nak buat origami lagi.Tapi diorang ni paksa paksa pula.
Dan untuk
melarikan diri daripada gangguan soalan,pujuk rayuan dan kemarahan mereka,di
librarylah aku bertapa menenangkan diri.Malas betul aku nak join mereka.Lagipun
cikgu semua mata pelajaran tak masuk hari ni.Ada program.Happy betul aku.
Belajar lebih
baik.Lebih baik belajar.Nak jawab soalan baik,Lebih baik belajar.Cehh…power tak
aku punya pantun.Moral di sini belajarlah sebelum kamu diajarkan.Tapi secara
logik,memanglah kita diajar.Apalah aku ni.Back to the topic okey!
Add
maths.Aku memang suka subjek ni.Dan aku akan hilang mood kalau ada orang ganggu
aku yang sedang berjuang untuk berperang menjawab soalan ni.Memang jadi
kepantangan aku.Aku tak suka diganggu masa buat add maths.
DILARANG
MENGANGGU RISSA SEMASA BUAT ADD MATHS!Itulah yang ada di kepala aku sekarang.
“Hai!...”Arghhh…menyakitkan
hati betul.Aku nak je taekwando budak yang ganggu aku ni.Aku pandang pemilik
suara tadi.
Senyuman
yang mencairkan hati.Siapa lagi kalau bukan Aliff Damien.
Jejaka…err…err
apa ye?Aku nak bagi dia nama gelaranlah.Jejaka smile.Smile Man.Cun tak?Tapi tak
nak lah panggil depan dia.
Aku pandang
dia dengan muka tak perasaan.
“Menganggu
ke?”Aliff Damien ni memang.Dah sah sah dia menganggu aku.Nampak tak muka aku
yang tengah bosan ni.
“Tak lah.Tak
menganggu pun.Duduklah…”Lain pula yang aku cakap.Aku nak sambung balik tapi…
“Thanks…awak…”
“Kalau awak
tak malu.”Dah sambung pun.Dah terkena ye kau Aliff Damien.
“Err….saya…err…”Hisy!Apa
yang aku nak cakap ni.Aliff Damien mengaru garu kepala.Aiks…pelik betul aku.Tak
pernah aku terkedu depan perempuan selama ni.Cool je aku selama ni.
“Err….saya…err…apa?Cakap
tu elok sikit ye.Saya ni tak faham.”Aku punya wayar dalam otak dah tersimpul ke
atau terputus?Tiba tiba aku loyar buruk pula dengan dia.Tak pernah pernah aku
ni.
“Err…lupakanlah.Saya
ni nak tanya.Awak boleh buat origami tak?Semalam saya tanya awak lari
pula.Kenapa?”Aliff Damien menanya.Semalam tiba-tiba pula Arissa ni lari pecut
dari dia.Entah tersampuk apa ntah.
Origami
lagi.Aduhai…timing aku nak lupakan origami,ia datang mengejar aku.Origami
pergilah.Aku tak nak kau lagi.
“Saya nak
bagitahu awak ye.Mulai hari ini dan hari hari seterusnya sehingga selamanya
saya tak akan buat origami lagi.Saya dah berhenti.”Aku cakap keputusan muktamad
kat dia.Sorrylah ye.Aku ni dah terlanjur berjanji.
“Apa?Kenapa?Bagaimana?Apasal
berhenti pula?”Aliff Damien terkejut.Macam mana ni.
“Itu bukan
urusan awak.Baik awak pergi.Saya nak belajar.”Aku halau dia.Menyibuk!
“Tapi…awak
tak boleh buat macam ni.Saya ni macam mana.Dah lah saya ni sudah berjanji.Tolonglah
buat origami.”Aliff Damien merayu.Apa kena dengan aku ni?Merayu segala dekat
gadis ni.Jatuh saham aku.
“Kalau awak
berjanji saya pun dah berjanji.Berjanji yang saya tak akan buat origami
lagi.Pergilah cari orang lain.”Tolong jangan buat aku bersedih Aliff
Damien.Rayuan kau boleh buat aku menangis.Origami hidup aku.Tapi aku kena
berpisah dengannya.
“Tolonglah.Kalau
nak saya bayar lebih kat awak pun boleh.Cakap je berapa.”Aliff Damien tawarkan
harga.Manalah tahu yang Arissa ni nak duit lebih ke?
“Ini bukan
pasal duitlah.Awak ingat saya ni mata duitan ke?Tolong jangan ganggu saya
lagi.Awak pergilah.”Aku ni dah hampir menangis.
“Saya tak
akan pergi kalau awak tak nak buat origami lagi.Saya akan tetap ganggu
awak.”Aliff Damien mengugut Arissa.Ini jalan yang dapat aku fikirkan secara
pantas.
“Sukahati
awaklah.Saya nak pergi.”Aku kemas barang aku.Kemudian keluar dari library.Lebih
baik aku cari tempat yang tenteram.
Aliff Damien
memerhatikan Arissa keluar.Tak apa.Hari ini tak berjaya tapi hari esok ada.Hanya
tunggu dan lihat Arissa.Kau akan buat origami balik.
………………………………..
“Mak….alamak….
”Apa yang harus aku buat.Aliff Damien suka sangat ganggu aku.Tujuannya nak
suruh aku buat origami balik.Menyampah!
“Buat balik
origami.Kalau tak saya akan terus ganggu awak.Datang rumah awak pun saya
sanggup.”Satu hari tu Aliff Damien sekat aku yang sedang menuju nak pergi
makmal.
“Awak ni dah
gila ke?Kalau awak tu dah fanatik sangat dengan origami lebih afdal awak pergi
buat sendiri.Kan senang.”Aku bagi jalan mudah.
“Masalahnya
saya ni tak reti buat origami.Awak je yang tahu.”Jawab Aliff Damien.
“Tak
tahu…belajar.”Aku terus tinggalkan dia.
Tapi aku
rasa gelisah semacam.Baru aku tahu,kalau tak buat origami mesti tak lengkap
hidup aku.Kadang-kadang masa aku tengah tunggu bas mesti ada seorang budak yang
buat origami.Macam macam yang dia buat.Origami yang dibuatnya mengamit aku buat
origami balik.Haihh….rindunya origami.
“Kenapa awak
nak origami?Awak nak buat apa?Sampai seribu menempah.”Aku tanya Aliff Damien
pada satu hari di kantin selepas aku fikir masak masak nak buat origami balik.Dia
ketika tu sedang makan nasi lemak.
Aliff Damien
terkejut dengan kemunculan Arissa depannya.Tiba tiba je datang perempuan
ni.Hampir pengsan aku.Dia tak menjawab soalan Arissa sehingga dia menghabiskan
makanannya.Selepas tu dia ajak Arissa mengikutnya.
“Tengok
gambar ni.”Arah Aliff Damien selepas dia mengeluarkan sekeping gambar dari
walletnya.Dia dan Arissa ketika itu berada di tepi padang.Biarlah aku cerita
semua kenapa aku nak origami sampai seribu.Aliff Damien memandang Arissa.
Aku ambil
gambar tu.Ada seorang gadis dalam lingkungan umur aku tersenyum manis.Di
sebelahnya Aliff Damien berlatarbelakangkan Eiffel Tower di
Paris.Wah…Paris.Kagum aku.
“Kenapa
dengan gambar ni.Apa kena mengenanya dengan origami.”Tanya aku.Aliff Damien
mengambil masa nak jawab soalan aku.Susah sangat ke.
“Gadis dalam
gambar tu sepupu saya dan juga merupakan cinta pertama saya.”Jawab Aliff
Damien.
Cinta
pertama.Wahh…tak pernah aku dengar ada cinta pertama dalam usia mentah macam
ni.
“Cinta
pertama ye?Dengan sepupu awak.Jarang betul ada orang bercinta dengan sepupu
sendiri.Hmm…so,kenapa awak nak origami.”Balik balik aku tanya tentang origami.
Aliff Damien
ketawa.Kelakar pula aku dengan Arissa ni
“Sebab….saya
nak luahkan cinta saya dekat dia dengan origami burung.Saya tahu memang tak ada
orang buat macam saya.Saya buatlah.Kan romantik gitu.”Aliff Damien pandang
Arissa.
Origami burung!Aliff
Damien nak luahkan cinta dengan origami burung.Macam arwah ayah buat.Aku tak
sangka.Tiba-tiba air mata aku menitis.Aku terharu.
“Kenapa awak
menangis ni?Saya salah cakap ke?”Aliff Damien terkejut dengan air mata
Arissa.Aku tak pernah buat perempuan menangis.Termasuk umi aku sendiri.Air mata
kebanggaan adalah.
“Tak
adalah.Saya cuma terharu je. Tak sangka ada lelaki macam awak zaman sekarang
ni.And siapa kata tak ada orang luahkan cinta dengan origami.Adalah.”Aku
menerangkan.
“Oh ye ke...Boleh
saya tahu siapa jejaka yang romantik macam saya tu?.”Aku nak tahu juga.Aliff
Damien menunggu jawapan Arissa.
“Arwah ayah
saya pernah buat macam tu kat ibu saya.Saya rasa meluahkan rasa cinta melalui
origami tu romantik sangat.Saya ada berangan juga,kalaulah ada lelaki yang buat
macam tu kat saya.Dah tentu tentu saya terus terima lelaki tu jadi suami
saya.”Aku bagitahu dia.
“Tak sangka
awak ni gatal juga.Fikir kahwin je.”Sakat Aliff Damien.
“Jangan nak
mengarut ok.Awak tu lah yang gatal.”Aku nafikan.
“Ok ok
lah.So,macam mana.Boleh buat origami balik?”Boleh-bolehlah.Harap Aliff Damien.
Hmm…aku
fikir fikir sekejap.Aku rasa boleh kut.Tapi janji aku dengan ibu macam mana?
“Err…boleh
kut…tapi…”Cakap aku terhenti sebab sorakan gembira Aliff Damien bingit di
telingaku.
“Tapi ada
syaratnya.”Aku hentikan sorakan dia.
“Apa
syaratnya saya terima.Saya tak kisah.”Aliff Damien dah gembira sangat.
“Syaratnya,saya
buat origami selepas SPM.”Aku cakap syaratnya.
“Lepas SPM
ke?Hmm….saya boleh je….kut.”Boleh lah tu Aliff daripada Arissa tak buat
langsung.Tak lari gunung dikejarkan.Adeila akan tunggu kau.
“Ok…lepas
SPM kita jumpa.Buat sementara ni jangan jumpa saya tau.Kalau tak saya tak buat
origami.Ingat tu.”Aku mengingatkan Aliff Damien.SPM lebih tiga bulan
tinggal.Tumpukan perhatian!!!Lepas tu aku terus tinggalkan dia.Waktu rehat dah
habis.
“Ok…saya
janji.”Aliff Damien terduduk di situ.Demi Adeila aku akan lakukannya.Tak kira
apa jua rintangan.
………………………………………….
SPM dah
sebulan berlalu.Syukurlah,nasib baik aku dapat jawab dengan senang hati.Dan
sekarang aku tengah menunaikan janji membuat origami untuk Aliff Damien dan
makwe di Adeila.
Enam ratus
kepingan origami.Baru tu je aku buat.Lagi empat ratus tu kemana.Tapi aku
banggalah.Pecah rekod!Memang aku tak pernah buat origami sampai enam ratus
keping dalam sebulan.
Kalau Aliff
Damien tolong aku buat mesti dah siap dah.Tapi dia tu pemalas.Sorang sorang
juga aku buat.Dia hanya tengok aku buat.Sesekali tu boleh pula dia tertidur
depan aku.Akmal pula tak bantu aku.Sebab dia memang tak tahu aku buat balik
origami.Aku buat dan sorokkan origami ni dekat library awam tempat tinggal
aku.Kalau ibu tahu nahas aku.
“Arissa!Saya
nak bagitahu awak.Esok…Adeila nak datang sini.Nak jumpa awak.”Tiba tiba Aliff
Damien menyergah aku yang sedang melipat kepingan
kertas.Astaghfirullah…terkejut aku.
“Awak ni tak reti bagi salam ke.”Aku tegur dia.Aliff Damien
duduk depan aku.
“Sorrylah.Lain kali saya bagi salam.Esok awak tak payah buat
origami depan dia tau.Bocor rahsia saya nanti.”Cakap Aliff Damien.Dia mengambil
kepingan kertas di tangan Arissa.
“Hmm...Bila makwe awak balik sini?Awak kata Adeila balik
minggu depan.”Aku ambil balik kepingan kertas di tangan Aliff Damien.
“Semalam.Dia kata nak ronda KL ni sepuasnya sebelum balik
Paris minggu depan.Sebab tu dia datang awal nak jumpa saya.Dan saya ada citer tentang
awak kat dia.”Aliff Damien mengambil balik kepingan kertas tadi
“Awak jangan suka suka cerita benda yang tak elok tentang
saya.Kalau tak,tahulah akibatnya.”Aku ambil kepingan kertas lain.
“Mana ada saya cerita benda tak elok.Saya cuma cakap awak
kawan baik saya di sekolah.Itu je.”
“Dia nak jumpa saya dekat mana?Pukul berapa?”Aku meletakkan
origami burung di dalam kotak.
“Jangan risau.Awak cuma tunggu sini dalam pukul 2 petang.Saya
dan Adeila jemput awak.Bye.”Aliff Damien bangun dari kerusi.Lepas tu dia pergi
tinggalkan aku.
Aku hanya tengok dia pergi menonong macam tu.”Tak reti reti
bagi salamlah lelaki ni.Macam omputih je babai babai segala.Aku terfikir macam
manalah aku nak cakap dengan Adeila esok.Mesti kekok.
…………………………………..
“Wahhh….origami burung.Cantiknya.”Adeila terharu.Tak sangka
Arissa reti buat origami burung yang disukainya.Dia mengambil kepingan origami
tu dan membeleknya.
Adusshh….macam mana boleh terkeluar pula dari kotak.Aku masa
tu sedang mengemas beg tersepak pula kotak berisi origami di kaki aku.Aku
perasan jelingan maut Aliff Damien.Kiteorang masa tu dalam library awam.
“Err…tu kawan saya punya.Saya buatkan untuk dia.Jomlah kita
pergi.”Aku ambil balik origami burung di tangan Adeila dan memasukkan semula di
dalam kotak.
“Jomlah Deila.You kata nak luangkan masa dengan I dan Arissa
sebelum you balik Paris.”Suara Aliff Damien menyelamatkan aku yang tengah mati
akal.
“I lupa pula.Jomlah Rissa.Biar kita tinggalkan Damien ni
sorang sorang.”Adeila menarik tanganku.
“Amboi…mentang mentang ada kawan.Tak pe.I merajuk.”Aliff
Damien pura pura merajuk.Dia meluru keluar dari library.
“Alah you.Jangan merajuk.Macam budak budaklah.”Adeila
memujuk.Dia terus pergi ke sisi boyfriendnya.Memujuk orang tua seperti Aliff
Damien tu.
Aku hanya tersenyum di belakang mereka.Kelakar pula aku
rasakan dengan pasangan sejoli ni.
“Aduh…”Aku hampir terjerit.Kenapa hati aku perit ni.Aku
pegang dada aku.Aku melihat adegan Aliff Damien dan Adeila yang sedang saling
memujuk.Sakit masih terasa lagi.Kenapa ni?
“Kelakar you ni Damien.Arissa jom.Kita ronda ronda KL ni
sepuas puasnya.Driver papa Damien akan bawa kita pergi mana saja yang kita
nak.”Adeila tarik tangan aku dan menyuruh aku masuk di tempat penumpang.
“Arissa!Awak minta je apa yang awak nak ok.Adeila akan
belanja awak.Dia tu kaya.”Aliff Damien tergelak.
“You ni….”Aku dah tak dengar apa apa lagi.Aku hanya
memfokuskan pandangan kepada Aliff Damien yang sedang ketawa.Hati aku berasa
sakit yang tak terperi melihat mereka.
Kenapa dengan aku?Adakah aku mula jatuh cinta dengan Aliff
Damien?Dalam umur macam ni?Aku tak boleh cintan cintun dengan dia.Dia dah ada
Adeila.
Tak boleh!Tak boleh!
……………………………………
“Kenapa awak tak banyak cakap Rissa?Saya pelik tau.”Tiga hari
selepas tu Aliff Damien menanya aku.Aku tak menjawab.
“Rissa!Awak ni sakit ke?Demam ke?”Aliff Damien meletakkan
telapak tangannya di dahi Arissa.Dah tiga hari si Arissa ni tak cakap dengan
aku.Kenapa pula?
Aku menepis tangan Aliff Damien.Sesuka hati menyentuh orang.
“Mana ada.Saya ok je.Saya cuma nak cepat siapkan origami
ni.Penatlah saya hari hari datang library ni.Nanti ibu saya syak pula.”Aku
cakap.Sebenarnya tu bukan sebabnya.Aku sebenarnya takut kalau kalau perasaan
aku makin mengebu jika dengan dia.
“Lorr..ye ke.Nak saya tolong ke?Saya boleh bagitahu ibu awak
kenapa awak hari hari datang library ni.”Aliff Damien menghulurkan bantuan.
“Tak payahlah.Thanks.”Aku
ucapkan terima kasih.
“Ok…kalau tak nak.”Aliff Damien menompang dagu dengan
tangannya memandang Arissa.Dia rasa macam ada sesuatu yang pelik di dalam
hatinya.
“Apa hal awak pandang saya macam tu.Buang tabiat ke?”Rimas
pula kalau Aliff Damien renung aku macam nak telan.Aku ambil air tin di meja
dan meminumnya nak hilangkan rasa tak selesa.
“Tak ada apa apa.Mungkin saya dah jatuh cinta kat awaklah.
Awak comellah dengan tudung polka dot awak ni.”Pernyataan Aliff Damien buat aku
tersedak.
“Eh…sorry.Tak sengaja.Saya gurau je.Awak tak apa apakan?Sorry
again.”Cemas Aliff Damien.Tak sangka pula yang Arissa ni boleh tersedak macam
ni sekali.
“Jangan bergurau boleh tak.Saya mati kat sini nanti siapa nak
tanggung.”Aku cakap kat dia lepas lega dari tersedak.Dia gurau je ke.Aku ingat
memang dia dah jatuh hati dengan aku.
“Sorry….saya cuma nak ceriakan awak.Muka awak memanjang serius
je.”Alasan Aliff Damien.
Aku tak layan alasan dia.Aku teruskan buat origami.Lagi
seratus lebih nak buat.Insya-Allah mungkin minggu depan siap.Tiba tiba nada
telefon Aliff Damien berbunyi.Aliff Damien mengangkatnya.
Aku tidak mempedulikan siapa yang telefon Aliff
Damien.Mungkin Adeila kut yang
telefon.Dia kan nak balik Paris 2 hari lagi.Aku terdengar esakan seseorang.Aku
mendongak dan rupa rupanya Aliff Damien menangis.Menangis rupanya.Tapi…
“Kenapa awak menangis.Ada apa apa ke?”Aku bangun dari kerusi
dan menuju kearahnya.Aliff Damien memandang aku sayu sebelum dia memeluk
aku.Aku terkedu di situ.
“Ad..deila…dia…ko..koma.Dia koma Rissa…”Esakan Aliff Damien
buat aku lebih terkedu.Macam macam ada dalam otak aku sekarang.Adeila koma dan
di sini Aliff Damien memeluk aku erat.
…………………………………….
Aku memandang Adeila yang terlantar di katil.Wayar wayar
berselirat di seluruh tubuhnya.Ya Allah!Tak ada sesiapa yang dapat melawan
takdirmu.Sesunguhnya hamba-Mu ini bertaubat kepada-Mu.Ampunkan hamba-Mu ini.
Aku mendekati Adeila.Tak dapat disangka yang gadis ini
menderita menghidap penyakit barah hati.Selama ini dia merahsiakan penyakit
dari keluarganya.Dengan takdir Allah,keluarganya mendapat tahu setelah Adeila
pengsan secara tiba tiba masa sarapan di meja makan rumah papanya.
“Ya Allah,Adeila!Kenapa awak buat macam ni.Kesian keluarga
awak.Dan paling penting kesian Aliff Damien.”Aku cakap kat dia.Ada orang kata,kalau
seseorang itu koma dia akan dengar suara orang yang berada di sekelilingnya walaupun
dia terbaring macam tu.
Aku pandang ke luar tingkap.Cahaya matahari menyinar gembira
melimpahkan cahaya di muka bumi ini.
“Dah lebih seminggu awak tak sedar.Awak tak penat ke
terbaring macam tu Adeila.Awak bangunlah.Jumpa saya.Jumpa keluarga awak.Jumpa
Aliff Damien,cinta awak.”Ayat terakhir yang aku ungkapkan tu bagai menghiris
hati aku.Dahlah Arissa.Mengalahlah.Kau boleh cari cinta lain.Kumbang bukan
seekor.
“Arissa!Awak boleh
tolong buatkan origami untuk saya tak?Saya nak origami burung.”Terngiang ngiang
suara ceria Adeila di telingaku semasa keluar meronda KL hari tu.Ketika tu
Aliff Damien membeli ais krim.
“Awak ingatkan apa yang awak minta masa kita keluar bersama
sama hari tu.Awak kata nak origami burung kan?”Aku mengingatkan Adeila.
“Saya nak bagitahu satu rahsia kat awak.”Aku sentuh tangan
sejuk dia.
“Awak tak minta origami burung pun memang saya dah buatkan
untuk awak tau.Siapa yang suruh saya buat?Awak nak tahu tak?”Aku tersenyum
sedikit.
“Aliff Damien.Dia yang suruh saya buat.Sampai seribu dia
tempah.Sebab dia cintakan awak sangat.Dia kata nak luahkan perasaan dia kat
awak dengan origami burung.Origami burung yang awak nak sangat.”Aku teresak
esak menangis.
“Kalau awak nak origami burung.Saya minta satu je.Awak
tolonglah bangun dari lena yang panjang ni.Saya rela berkorban masa dan
tenaga.Saya rela juga berkorban cinta saya demi awak.Saya nak awak sedar dan
saya nak Aliff Damien gembira bersama awak.”Aku melepaskan tangan Adeila.Mengelap
sisa airmata aku di pipi.
“Ingat tu Adeila.Tolong sedar ok.”Selepas tu aku pegang
tangan dia sekejap dan nak mengorak langkah pergi.Tapi langkah aku terhenti.Aku
berpaling dan melihat Adeila mengenggam tangan aku.Ya Allah!
Pintu terbuka dan Aliff Damien memandang aku terkejut.
……………………………………….
“Damien!Maafkan I ye.I buat you sedih.”Adeila meminta maaf
kepada Aliff Damien.Dia memandang sayu Aliff Damien yang sedang mengupas buah
di tepi katilnya.
“It’s okay.Tapi lain
kali jangan buat lagi.I risau sangat.Lepas ni you jangan fikir tentang sakit
you.Kita dah ada pendermanya.Dan you akan selamat.I sayang dan cintakan you
sangat sangat. .”Aliff Damien pandang muka pucat Adeila.Dia tersenyum.Kesian
Adeila.
“You sayangkan I tapi you lebih sayangkan Arissa.You cintakan
I tapi you lebih cintakan Arissa.Betul
tak apa yang I kata?”Adeila menguji Aliff Damien.Rasanya Aliff Damien tak
cintakan dia lagi.Aliff Damien cintakan Arissa.
“You kata apa ni Deila.I cintakan you.You cinta pertama
I.Selepas habis belajar kita kahwin.Kita akan hidup bahagia.”Aliff Damien
bangun dari duduknya.Dia terus pegang pipi Adeila.Merenung Adeila untuk
menyakinkan gadis itu.
“I memang cinta pertama you tapi Arissa cinta terakhir
you.You akan bekahwin dengan Arissa nanti.”Adeila tersenyum kelat.Dia pegang
tangan Aliff Damien di pipinya.
“Tak!I tak akan kahwin dengan Arissa.I akan kahwin dengan
you.Kalau boleh sekarang ni I akan bagitahu uncle hubungan kita.”Muka Aliff
Damien kelihatan merah.Dia duduk balik di kerusi.Meraup mukanya.
“I dah tak akan lama lagi.Bila bila masa je I boleh
pergi.Permintaan terakhir,I cuma nak you hidup bahagia dengan Rissa.”Minta
Adeila.Bila bila masa Allah swt boleh ambil nyawa hamba-Nya.
“Tak!Tak!”Aliff Damien mengeleng geleng.Air mata mula
bertakung di tubir mata.
“Tolong tunaikan permintaan terakhir I.You cintakan Arissa
bukan I.You patut kahwin dengan Rissa.”Air mata Adeila mula menitis.
“You…I…”Dah tak terkata Aliff Damien.Adeila…kenapa buat I
macam ni.
Pintu terbuka.Terjengul Arissa dengan muka gembira.Aliff
Damien hanya memandang dan Adeila tersenyum kelat.
…………………………………….
“Ibu dah kata.Jangan buat origami lagi Arissa.Origami tu
membawa malang.”Suara ibu bingit di telinga semasa aku masuk ke dalam rumah.
“Arissa!Rissa!”Aku terus menonong pergi ke bilik tanpa
menghiraukan panggilan ibu.Aku tak sanggup dengar ibu kata origami membawa
malang.Di bilik,aku merebahkan badan di katil.Aku ambil bantal dan tekupkan
muka aku .
“Esok pagi,awak tolong bawa origami ye.Saya nak
tengok.Sebelum pembedahan nanti.Kalau saya pandang origami mesti saya ceria dan
suka.Origami buat orang ceria”Permintaan Adeila semasa aku jumpa dia di
hospital sebelum dia meninggal.Aku memang tunaikan permintaan dia.Sesampainya
aku di hospital keesokannya,jenazah Adeila di depan aku yang belum sempat
dibedah.
Keluarga Adeila menangis di situ.Aku hanya menahan tangisan
dan mencari cari Aliff Damien.Tetapi aku tak jumpa dia setelah dia bawa aku
pergi hospital ni.Membawa origami yang diminta Adeila.
Petang tu,barulah aku melihat Aliff Damien di pengebumian
arwah Adeila.Muka Aliff Damien tenang sangat.Dia tak rasa sedih ke?Teman wanita
dia pergi.Cinta pertamanya tinggalkan dia.
Setelah orang ramai beredar aku masih lagi duduk bertafakur
di situ.Membaca yasin dan doa untuk arwah disana.
Bantal di muka aku di tarik ibu.Aku bangun dari katil dan
pandang ibu.
“Mulai hari ini,Rissa!Jangan buat origami lagi.Bakar semua
origami yang kamu buat tu.Sekarang!”Ibu mengarahkan aku.Akmal di sisi ibu hanya
diam memandang aku.
“Rissa memang dah bakar selepas balik dari kubur arwah ayah
dan Adeila tadi.Rissa janji tak akan buat lagi origami.”Aku terus memeluk
ibu.Menangis dalam esakan.Akmal datang memeluk kami.
Sebenarnya origami yang beribu banyaknya itu tidak dibakar langsung.Aku beri origami tu
kepada Aliff Damien sebelum balik tadi.Dia dah tempah kat aku.Takkan nak bakar
kut.Sayang.Lagipun dia dah bagi duit.Sepatutnya dia kena ambil.
Walaupun dia suruh aku simpan origami ni,aku tak nak.Aku tak
nak menyimpan hadiah yang dia nak dihadiahkan kepada orang lain.Aku takut lebih
kecewa.Aku hanya bertepuk sebelah tangan.
Orang yang patut dihadiahkan origami tu dah tiada. Aku tak
tahulah apa yang dia akan buat dengan origami tu.Mungkin disimpan sebagai
kenangan atau mungkin dibakar seperti yang disuruh ibu.
…………………………………………………
10 tahun kemudian………..
“Mama!Mama!Nak origami.Buatkanlah untuk Mia.”Seorang budak perempuan
dalam lingkungan umur 5 tahun meminta ibunya membuat origami.
Di taman ini,aku memerhatikan mereka.Origami!Dah lebih 10
tahun aku tak membuatnya.Rasa rindu mengamit aku.Rindu dengan arwah ayah dan
rindu dengan arwah Adeila.Kenangan origami dengan mereka.
“Mama tak reti buatlah sayang.Mia suruh papa buat ok.”Suara
mama budak perempuan itu memujuk.Tak
reti buat ke.
“Adik!Mari sini dekat kakak.Biar kakak buatkan.”Tapi itu
hanya suara hati aku.
“Alah…mama buatlah.Papa tak reti.Mia nak juga!”Budak perempuan
itu dah mula menangis.
Aku bangun dari duduk di bangku taman menuju ke arah
mereka.Aku berlutut di depan budak perempuan yang sedang teresak esak tu.
“Adik nak origami ke?Mari kakak buatkan.Nak origami apa?”Aku
memujuk budak perempuan itu.Budak tu dah tak menangis lagi.
“Nak origami burung.Bolehkan?”Budak perempuan itu meminta.Origami burung
mengingatkan aku kepada Aliff Damien.Ya Allah!Dah begitu lama aku tak berjumpa
dia.10 tahun lamanya.Jantung aku berdegup kencang.
“Ok…kakak buatkan.”Aku terus mengeluarkan gunting dari beg
sandang untuk memotong kertas itu.Aku melipat kertas sehingga kepingan kertas
tersebut berubah bentuk menjadi origami burung.Aliff Damien muncul lagi di
dalam ingatan aku.
“Yehh…thanks kakak.Sayang kakak.”Tiba tiba budak tu mencium
pipi aku.Aku hanya tersenyum.
“Terima kasihlah ye dik.Kalau tak ada adik mesti si Mia ni
menangis.Tahulah macam mana perangai kanak kanak.Tak dapat sesuatu tu mesti
menangis.”Mama budak tu mengucapkan terima kasih.Aku hanya tersenyum.Aku
menyimpan gunting didalam beg.Setelah itu aku bangun dari duduk melutut
aku.Lenguh kaki aku.
Aku berpaling dan tiba tiba aku terpeluk
seseorang.Alamak…terlanggar pula aku dengan seorang lelaki.Aku menolak badan
lelaki tu dan meminta maaf.
“Kalau nak minta maaf jangan mukanya ditunduk.Minta maaf
dengan ikhlas hati.”Suara tu macam aku kenal.Aku mendongak ke atas.Aliff
Damien!!!
“Papa!Kenapa papa lambat datang.Mia dengan mama tunggu lama
tau.”Budak tadi memeluk Aliff Damien.Dia dah kahwin?Dah ada anak?Tak mungkin!
Aku pandang Aliff Damien mendukung budak tu.Mama budak tu
mendekati aku.
“Ini suami saya.Kenalkan Aliff Damien.Abang!Ini wanita yang
tolong Lia buatkan origami untuk anak kesayangan abang ni.Mengada gada betul
anak abang ni.”Mama budak tu pegang tangan Aliff Damien.
“Hai!”Tangan dihulurkan.Tapi aku terus tinggalkan mereka.Tak
sanggup lagi.Tak sanggup melihat kemesraan mereka.Macam menyindir aku yang tak
pernah ada cinta dengan orang yang dicintai.
Aku berlari anak dan terus masuk ke kereta Myvi aku.Air mata
terus menitis tanpa kesudahan.
……………………………………………………
Aliff Damien!Adakah aku ini bertepuk sebelah tangan.Mencintai
kau tapi engkau tidak mencintai aku.Kau tak ada perasaan kepada aku ke?
Aku tahu kau mencintai arwah Adeila dulu.Aku tahu juga kau
boleh cari cinta lain.Tapi cinta
itu,kenapa bukan cinta aku.Kenapa mesti cinta orang lain.
“Arissa!Tolonglah jangan menangis.Jangan kau tangisi dengan
cinta tak kesampaian kau tu.Dia dah kahwin.Jangan kau musnahkan perkahwinan
mereka.”Aku cakap dengan diri aku sendiri.Cakap tak nak menangis tapi tak
boleh.Aku nak nangis juga.
“Anak ni tak apa apa ke?Kenapa menangis?”Ada seorang mak cik dalam
lingkungan umur lewat 40 an menanya aku yang tengah duduk di wakaf di satu
taman yang aku sendiri tak tahu apa namanya.
Aku mendongak memandang mak cik tu.Aku mengesat air mataku di
pipi.Tapi melihat mak cik tu tersenyum manis aku menangis balik.Sampai teresak
esak dibuatnya.Aku rindu arwah ibu.Arwah ibu dah tinggalkan aku dan Akmal pada
5 tahun lepas.Lemah jantung.
“Anak ni jangan menangis sayang.Risau mak cik
dibuatnya.Cerita kat mak cik apa masalah anak ni.Mungkin mak cik boleh
tolong.”Mak cik tu hulurkan bantuan.Dia duduk di sebelah aku.
Aku renung mata mak cik tu dalam dalam.Anak mata coklat cair
itu amat menarik perhatian aku.Aliff Damien!Warna matanya sama dengan mak cik
ni.Aku menangis lagi.
Tiba tiba mak cik tu memeluk aku.Aku hanya biarkan.Rasa
selesa dan disayangi.
“Anak jangan sedih.Jangan kesali benda yang dah berlaku.Ini
dah qada dan qadarnya.Redhalah dengan takdirnya.Allah swt itu amat adil dan
penyayang.”Nasihat mak cik tu.
Ingat tu Arissa.Redhalah dengan kententuannya.Mungkin kau
akan jumpa lelaki yang lebih baik ke?Mana tahu.Aku merenggangkan pelukan.Aku
senyum kepada mak cik tu.Ikhlas ni.
“Terima kasih atas nasihat mak cik.Insyaallah.Saya tak akan
menangis lagi.Lagi lagi perkara yang dah lepas.Terima kasih.”Aku cakap kat mak
cik tu.Kalau tak ada makcik tu tak tahulah apa yang berlaku kat aku.Entah bunuh
diri tak?Frust menonggeng punya pasal.
“Mak cik tolong je.Anak ni nama apa?Nama mak cik Nur
Zarina.Panggil mak cik umi saje.Mak cik dah mula sayang kat anak ni walaupun
baru kenal.”
“Er..nama saya Arissa.Tak apa apa ke saya panggil mak cik ni
umi?”Aku tanya mak cik.Risau pula aku.Baru jumpa orang tak dikenali dah mula
panggil panggilan mesra.Tak cemburu ke anak anaknya?
“Eh apanya pula.Anak teruna umi tahu pun dia mesti suka.Tak
percaya ke?Nanti umi bawa Rissa jumpa dia.Dia lah orang paling happy sekali.”
Mak cik ni mengarut apa.Anak teruna dia gembira kalau jumpa aku.Ini
macam nak jodohkan aku dengan anak dia je.Hisy…tak baik sangka buruk buruk.Mak
cik oopss umi Zarina ni kan baik.
“Tak apalah umi.Lain kali je.Kita kan baru jumpa.Kalau dah
lama kenal nanti Rissa jumpa dia okey.Boleh mak cik.”Air mata dah tak ada lagi.Seronok
pula layan umi Zarina ini.Terima kasih Allah.Ada juga orang yang baik hati.
“Boleh apa salahnya.Janji Rissa selalu jumpa umi.Umi nak
nombor telefon Rissa.Senang nak call.”Umi Zarina keluarkan handphone dia dari
handbegnya.Lantas aku terus bagi nombor telefon aku.Seronok ada umi ni.Rindu
pula kat arwah ibu.
“Eh dah azan asar.Jom Rissa kita pergi solat.”Umi Zarina ajak
aku setelah terdengar laungan azan di masjid berdekatan.
“Ok.Jom umi.”Tersenyum lebar aku.Gembira aku kerana ada orang
sudi berkongsi masa bersama aku.
Kaki terus melangkah ke masjid menunaikan solat.Kewajipan
setiap hamba-Nya di muka bumi ini.
…………………………………………..
Beberapa minggu berlalu.Hidupku seperti biasa.Merawat orang
sakit.Aku kan doktor.Kadang kadang teringat kepada Aliff Damien.Tapi aku
berusaha nak lupakan dia.Dia dah kahwin.Aku takut berdosa merampas suami
orang.So,untuk lupakan dia aku selalu luangkan masa bersama umi Zarina.
Best kalau dengan umi Zarina.Dia ajar aku masak,berkebun,buat
kek dan baru aku tahu yang Umi Zarina ni ada butik pengantin yang paling besar
cawangan di KL ni.Bangga pula aku.
Umi Zarina ada dua orang anak.Suami Umi Zarina sudah
meninggal dah lama dah.Kira kira 8 tahun lepas.Anak sulung perempuan.Dah kahwin
dan dah anak pun.Yang bongsu lelaki.Sama umur macam aku,27 tahun.Kerja doktor
macam aku juga.Bezanya dia ada klinik sendiri.
“Dr.Rissa?Ada emergency.Pesakit cedera di kepala kerana
accident.Pendarahan tidak berhenti.Di ruang kecemasan sekarang.”Nurse yang
bername tagkan Nura membuka pintu bilik aku dan doktor lain.Aku pandang nurse
itu.
“Saya akan datang segera.Tolong maklumkan kepada Dr.Salleh
saya lambat 5 minit.Saya nak kemaskan barang saya.”Aku bangun dari kerusi dan
kemaskan fail fail perubatan yang berselerakkan di atas meja.
“Baiklah.”Nurse tu terus menonong pergi.
Adatlah kalau ada orang selalu sakit setiap
hari.Accidentlah,jatuh tanggalah,kena pukullah dan entah apa apa yang sakitnya.
“Kenapa Aris?Ada kecemasan ke?”Fifi menanya aku.Dia kebetulan
baru masuk bilik di mana aku dan dia berkongsi ruang kerja yang sama.
Aku sebenarnya tak sangka selepas habis belajar aku jumpa
Fifi ni kat hospital tempat aku menjawat jawatan doktor.Aku memang tahu Fifi ni
nak jadi doktor.Tapi tak sangka boleh pula jadi rakan sekerja di hospital yang
sama.Memang pelik.
“A’ah.Ada orang cedera accident.Malam ni jadi tak?”Aku tanya
Fifi.
“Jadi jangan tak jadi.Kau belanja tau.”Fifi terus duduk di
mejanya.
“Citt..baru je nak mengelat daripada belanja kau.Ok lah.Aku
kena segera.Nanti aku call kau.”Aku terus keluar untuk pergi ke bilik kecemasan
di tingkat yang sama aras dengan bilik kerja aku.
Di depan bilik kecemasan aku terlanggar seseorang yang tiba
tiba keluar dari bilik tu.Apa lagi terjatuh aku dengan orang tu depan pintu.
“Maaf.Saya tak sengaja.Saya kena cepat.”Aku bangun dari jatuh
aku tanpa pandang muka orang tu.Orang tu pun bangun juga.Aku terus jalan nak
masuk bilik kecemasan.Tapi tangan aku di paut.Aku berpaling.
“Awak tak ingat saya lagi Arissa?”Orang tu …Aliff Damien.Mata
aku terus membuntang pandang dia.
“Awak makin cantik sejak kali terakhir saya lihat awak.You’re
beautiful.”Romantik suara dia.
‘Arissa!Dia dah kahwin.Jangan nak buat benda macam ni.Nak
cair segala.’Aku terus menepis tangan Aliff Damien dari tangan aku.Aku terus
masuk ke bilik kecemasan.
“Arissa!Kenapa awak lari.Awak benci saya ke?”Hati Aliff
Damien tertanya tanya.
……………………………
“Rissa!Boleh tolong umi tak?”Umi Zarina tanya aku semasa aku
sedang kopek buah di tepi katil hospital di mana umi Zarina di rawat.Rupa
rupanya umi Zarina pesakit yang cedera di kepala tu.Yang aku terburu buru nak
masuk bilik kecemasan sampai terlanggar seseorang iaitu Aliff Damien.
Umi Zarina teraccident semasa nak pergi ke butik
pengantinnya.Oleh kerana tak ada pemandu,dia bawa kereta sendiri sehingga cuai
dilanggar oleh kereta dari arah bertentangan.Syukur kecederaan Umi Zarina tak
serius.Dalam beberapa hari lagi dah boleh pulang.
“Arissa!Kenapa termenung.Umi tanya ni.”Umi Zarina tepuk bahu
aku.Aiseymann…boleh terberangan pulak.Sebenarnya aku buntu.Macam mana Aliff
Damien boleh…
“Arissa!”
“Ye ye…umi.Umi nak minta tolong apa tadi?”
“Ingatkan Rissa tak dengar.Umi nak Rissa tolong ambilkan
sesuatu benda dekat butik umi.Boleh tak?”Itu je ke permintaan umi.Kacang je tu.
“Ok.Rissa pergi.”Aku terus setuju je.
“Rissa pergi dengan Damien esok ye.Bukan apa takut terjadi apa
apa ke?Sekarang ni kan banyak kes.Ragutlah,rogollah,bunuhlah.Risau umi.”Lupa
nak cerita.Aku baru tahu yang Aliff Damien ni anak umi Zarina.Kecil betul KL
ni.Tut tut anak teruna yang umi Zarina cerita tu Aliff Damien.Tak sangka.
Aliff Damien kalau
keluar dengan aku tak ada orang marah ke?Dia kan dah kahwin.
“Ok.”Lain nak dikata lain pula keluar.Aku terus suapkan umi
makan buah yang telah di kopek.
Aliff Damien dari luar pintu hanya tersenyum melihat
kemesraan uminya dengan Arissa.
“Deila!Saya akan tunaikan permintaan awak.Yang awak
impi-impikan.”Aliff Damien terus berlalu.Lapar!Nak pergi kantin.
…………………………………….
“Hello!Asalamuailaikum?Apa khabar adikku sayang yang berada
di U.S. tu.Tak ingat kakak di sini ke?”Aku menjawab panggilan telefon dari
Akmal.Adik aku tu sekarang kat U.S.Maklumlah pramugara Malaysia Airlines
katakan.
“Waalaikummusalam.Akmal baik baik aje.Sihat walafiat lagi
ini.Kalau tak ingat Kak Rissa,buat apa Akmal telefon akak.”Suara Akmal di sana
macam gembira.
“Ye tak ye jugak kan?Bila Akmal balik.Akak nak cenderahati
dari sana tu.”Cenderahati!Best beb dapat hadiah.
“Akmal balik esok pagi waktu Malaysia.Cenderahati jangan
risau.Balik nanti ada surprise untuk Akak.Just wait and see.”Kejutan apa yang
dikatakan itu.Macam best je aku dengar.
“Ok.Suara Mal ni macam gembira je.Dah ada calon ke.Kenalkan
kat akak.”Calon isteri.Ha ha ha.Boleh pula aku tanya si Akmal yang muda 3 tahun
dari aku pasal calon isteri.Aku ni umur dah 27 tahun tapi calon suami habuk pun
tarak.
“Ada!Calon untuk akak.Esok Mal kenalkan.Mal nak akak kahwin
dengan dia.”Apa yang budak ni mengarut.Nak suruh aku kahwin dengan orang yang
aku tak kenal langsung.
“Mengarutlah Mal.Dahlah.Kat sini dah malam.Akak nak
tidur.Mengantuk.”Aku nak tidur.Jam pun dah pukul 12.30 pagi.Lewat sangat.
“Nak lari dari topiklah tu.Ok lah.Esok Mal jumpa
akak.Surprise untuk akak esok.Asalamualaikum?”
“Waalaikummusalam.Bye.”Panggilan telefon terus ditutup.Aku
ambil bantal dan terus merebahkan kepala.Huarghh….menguap aku.Terus menikmati
tidur yang lena.
………………………………………..
“Isteri awak tak kisah ke awak keluar dengan saya.Tak
cemburu.”Aku tanya Aliff Damien tanpa pandang muka dia di dalam kereta yang
dipandunya kerana bosan dengan suasana sunyi.Tapi Aliff Damien tak jawab.
‘Pekak ke apa?’Sedap sedap je aku labelkan orang.Aku malas
nak tanya lagi.Lambat pula perjalanan ke butik umi Zarina.
“Tak cemburu pun.Dia lagi suka.”Aliff Damien tiba tiba
bersuara.Aku pandang dia yang selamba badak tu.
“Suka pula isteri awak?Awak guraukan?”
“Taklah.Betul apa yang saya kata.”
Aku dah malas nak layan orang sebelah aku ni.Pandangan terus
dihalakan keluar tingkap.
“Awak tak buat origami lagi?Kalau awak buat saya nak
tempahlah.Nak origami burung seribu.”Aliff Damien nak origami.
Aduhai.Mesti dia nak hadiahkanya kat isteri dia.Kenapa tak
seorang lelaki pun hadiahkan aku origami.Kalau ada kan bagus.Tak adalah aku
sakit hati si Aliff Damien ni nak origami.Nak hadiahkan kat orang.
“Saya tak buat.Saya dah serik.Origami buat hidup saya
malang.”Aku cakap macam tu ke?OMG!Origami mana ada bawa malang.Bodohnya aku.
“Origami tak bawa malanglah awak.Yang malangnya kita tak reti
aturkan hidup kita.Itulah sebab hidup kita malang.”Aku hanya diam mendengar apa
yang Aliff Damien kata.Betullah tu apa yang dia kata.
“Saya akan buat hidup awak tak malang lagi.Awak nak tahu
caranya?”Cara tak nak buat hidup aku malang.Ada ke?Hidup aku malang ke?Setahu
aku hidup aku ok je.
“Awak nak tahu tak?”Aliff Damien tanya.Aku buat tak
peduli.Dia pun diam.Mungkin lihat aku tak layan dia.
Akhirnya kereta sampai di butik pengantin umi
Zarina.Fuhh..lega.Terlepas azab.Aku terus buka pintu kereta dan pergi ke pintu
utama butik umi Zarina.
“Arissa!”Aku pandang Aliff Damien yang sedang bersandar di
depan bonet kereta Honda City hitam berkilatnya tu.
“Awak jangan terkejut kalau awak masuk nanti.Saya tadi dah
cakap ada cara supaya hidup awak tak akan malang lagi selepas ni.Awak dengarkan
tadi.”Aku hanya angguk.Dalam benak aku aku pelik.Boleh ke dia buat hidup aku yang
tak beberapa nak malang ni jadi indah.Aku buka pintu utama.
“Arissa!”Aku pandang dia lagi.Kacau betul.
“Tak ada apa apa.”Aliff Damien dah sewel.Tergelak sorang
sorang.Gila.Aku masuk dalam butik.Tiba tiba,ada sesuatu terjatuh atas kepala
aku.Banyak pula tu.Reaksi aku macam nak kena pukul dengan samseng.Menjerit dan
menutup muka dengan kedua belah tangan.Aku mengalihkan tangan dari muka aku.Aku
pandang sekeliling.Rupa rupanya origami.Origami burung!
“Cik origami,I love You!!!”Terkejut aku.Aku pandang Aliff
Damien yang tersenyum manis di sebelah aku.Entah bila dia ada kat sebelah
aku.Aku hanya melopong.
“Arissa!Boleh awak jadi kekasih saya di dunia dan akhirat
selama lamanya.”
Aliff Damien menghulurkan bunga.Uniknya,bunga tu bunga kertas origami yang
dikumpul menjadi sejambak.
Ini ke perasaan bila seorang lelaki hadiahkan origami.Rasa
yang arwah ibu rasa bila arwah ayah melamar dengan origami.Ini ke perasaannya.
“Arissa sayang.Terimalah lamaran anak umi tu.Dia mengharap
sangat.”Aku berpaling ke belakang.Umi Zarina!Akmal!Macam mana mereka ada kat
sini.
“Terimalah Rissa.Adik akak tu mengharap sangat.”Wanita yang
aku jumpa di taman hari tu ada kat sini.Mustahil.Kenapa dia suruh aku terima
Aliff Damien.Dia kan isterinya.Dia nak suruh aku jadi madu dia ke.
Hisy!Kau tak dengar ke Arissa.Kan dia kata suruh terima adik
dia.Maknanya Aliff Damien tu adiknya dan Aliff Damien tak kahwin
lagi.Yahoo….Aku tersenyum sedikit.
“Diam tandanya setuju.Abang Dami!Selamat berbahagia dengan
Kak Rissa.”Akmal menyampuk.Macam mana pula dia kenal Aliff Damien ni.
“Kakak.Terimalah uncle.Mia nak kakak jadi mama saudara Mia
tau.”Budak perempuan tu pun ada.Yang aku sangka dia anak Aliff Damien.Rupanya
anak saudara.Sampai hati tipu aku.Siapa buat rancangan ni.
“Siapa buat rancangan ni.Kenapa nak kenakan Arissa.”Aku pandang
mereka.Mereka berpandangan sesama sendiri.Akhirnya Umi Zarina ceritakan apa
yang berlaku.
Sejak kematian Adeila,Aliff Damien terus melanjutkan
pelajarannya di luar Negara.Dua tahun lepas,baru dia balik sini.Aliff Damien
mencari aku setelah dia tahu yang dia amat perlukan aku.Yang dia cintakan aku.
Dalam mencari tu dia terjumpa Akmal.Macam mana boleh terjumpa
tu aku tak tahu.Akmallah yang ceritakan pasal aku macam mana keadaan aku selama
Aliff Damien tak ada dalam negara ni.Yang sedang rindukan seseorang.Malunya
aku.
Aliff Damien dan Akmal merancang sesubatu untuk kenakan
aku.So,diorang rancang katakanlah yang Aliff Damien dah berkahwin.Kakaknya jadi
isteri olok oloknya dan Mia jadi anaknya.Umi Zarina juga ikut rancangan tu.Masa
di taman hari tu,Umi Zarina memang dah tahu aku sedih sebab Aliff Damien.Tapi
Umi Zarina pura pura tak tahu.Bijak betul mereka tipu aku.
Hal yang umi Zarina accident tu bukan dari sebahagian
rancangan.Kebetulan kut.Jodoh aku dengan Aliff Damien nak dekat kut.
“So,umi dah ceritakan segalanya.Arissa nak terima anak teruna
umi tak?”Umi Zarina pegang tangan aku.Aku hanya tunduk.Akmal dan kakak Aliff
Damien serta Mia hanya pandang aku yang gelisah dan malu malu kucing.
Ini impian yang kau tunggu.Terimalah.Arissa!Kau sendiri kata
dulu.Yang kau akan terima lelaki yang lamar kau dengan origami.
Aku pandang Aliff Damien.Dia punya muka sekarang macam kucing
nak beranak aku tengok.Takutlah tu aku tak terima lamaran dia.
“Arissa tak terima…”Mereka yang ada di situ jatuh rahang
mereka.Aliff Damien bangun dari sofa di ruang hadapan butik Umi Zarina.Dia nak
pergi.
“Arissa tak terima kalau Aliff Damien tak nak bagitahu siapa
yang buat origami beribu macam ni.”Aliff
Damien terhenti melangkah.Dia berpaling kepada aku.Aliff Damien perlahan
lahan melangkah ke arah aku.
“Awak terima saya kalau saya bagitahu siapa buat origami ni
kan.Ok saya bagitahu.Selama 2 tahun saya cari awak,kerja saya hanya menyiapakan
origami yang beribu macam ni.Dah puas sekarang.”Aliff Damien mula tersenyum
gembira.
Yahoo….Arissa terima aku.Memang betul kata you Adeila.Cinta
terakhir I ialah Arissa.Terima kasih Adeila.
Umi Zarina mengucapkan syukur.Akmal dan Mia terlompat lompat
gembira.Kakak Aliff Damien hanya tersenyum bahagia.
Dan aku di situ direnung macam nak dimakan oleh Aliff Damien.Aliff
Damien mendekati aku dan berbisik.
“Cik Origami,I love you forever.Ingat tu sayang.”Aliff Damien
terus peluk uminya.
“Kita akan buat majlis tunang minggu depan.Majlis nikah 2
bulan dari sekarang.Setuju tak?”Umi Zarina minta pandangan.Semua yang ada di
situ hanya mengiyakan.
“Aliff Damien!Origami yang dulu tu macam mana?”Aku tanya
dia.Origami yang aku buat beribu banyaknya tu macam mana agaknya.
“Saya dah dermakan kat rumah anak yatim.Daripada saya buang
lebih baik saya bagi budak.Diorang suka main origami.”Dia tersenyum kat aku.
“Oh ye ke.Hmm…awak reti buat origami apa.Saya nak tempah.”Aku
nak sakat dialah.Biar pula aku suruh dia buat origami.
“Boleh.Satu origami 2 ringgit ye.”Dia cakap.
“Mak aihh…mahalnya.Kedekutlah awak ni.Dengan calon isteri pun
nak kedekut.”Aku terus muncungkan mulut aku.Semua yang berada di situ
tergelak.Yang lebih lebih Akmal.
“Calon isteri tak calon isteri.Tak apa.Saya tak minta duit
cuma saya minta hati awak.Awak kena bagi hati awak kat saya untuk
selamanya.”Dia renung aku dengan pandangan mengancam jiwa.
Aku hanya tersenyum.Malas nak layan.Lagipun aku memang dah
bagi hati aku sejak dulu lagi.Terima kasih Allah.Kerana Engkau telah beri jodoh
yang terbaik bagi hamba-Mu ini.
Ayah!Adeila!Memang betul kata korang yang origami buat orang bahagia.Dan sebelum
ibu meninggal,Arissa buatkan origami burung untuk ibu.Dan ibu gembira
sangat.Origami dapat menceriakan orang.
Betul! Betul! Betul!
…………………………………
Tamat
Siap diedit 4 May 2012
AkuroKimie