Selasa, 14 Mei 2013

Cerpen

Cerpen ini dah lama dibuat.Enjoy je lah ye baca korang!!

Cik Origami,I LOVE U !!!




“Arissa!Aku nak tempah origami.Buat origami hati eh?Nak empat belas.Aku nak esok.Bayaran jangan risau.Ok.”Azian dari kelas sebelah nak tempah origami hati.Catat jangan tak catat.Nanti lupa pulak aku.
“Aku pun nak origami.Aku nak dua puluh empat origami bunga ros. Aku nak esok juga.Penting!”Qadri dari kelas lain nak tempah juga.Catat!
“Origami bintang!Origami bintang!Aku nak esok juga.Nak sepuluh.Aku bayar esok.”Hidayah rakan kelas aku pun tempah juga.Catat lagi.
Selepas diorang tempah origami,ramai lagi rakan- rakan dari kelas lain berpusu pusu mencari aku.Al maklumlah aku ni kan terror buat origami.Cikgu pun nak tempah dengan aku.Aduhai…bongkak pulak aku ni.
Tapi hasil dari buat origami inilah aku dapat duit nak tolong ibu kat rumah.Keluarga aku ni susah.Aku buat origami ni pun secara senyap senyap.Takut ibu marah.Sekali sekala,adik lelaki aku,Akmal datang secara sembunyi membantu aku membuat origami kalau tempahan banyaklah.
Sepuluh tahun lepas,ayah aku pergi tinggalkan ibu,aku sendiri dan Akmal kerana kebakaran di pejabat tempat ayah aku menjawat jawatan kerani awam.Sedih aku sekeluarga.Tapi ini dah takdirNya.Redhalah dengan ketentuanNya.
Origami!Aku belajar buat origami ni dari arwah ayah aku juga.Arwah ayah aku yang  dah terror buat origami suka sangat ajar aku.Arwah ayah aku ada cerita,kisah cinta dia dengan ibu adalah melalui origami.
Aku masa tu umur 7 tahun yang tak beberapa faham apa benda berasa teruja dengan cerita ayah aku tu.Origami!Pertemuan dua jiwa menjadi satu.Kisah cinta arwah ayah dan ibu.Cinta melalui origami.Origami burung.
Kalaulah ada lelaki yang buat macam tu kat aku.Melafazkan rasa cinta melalui origami burung macam arwah ayah buat.Tapi setakat ini tak ada seorang lelaki buat macam tu kat aku.Berangan je lah.Umur baru 17 tahun ada hati nak rasai cinta.Tapi tak mustahil kan?
Sudah sudahlah berangan ye Arissa.Angan tak akan jadi kenyataan.Kalau ada pun macam cara biasa lelaki tackle perempuan.Melalui bunga,coklat atau pun dengan kunjungan merisik.Hemmm….tapi aku nak rasa jugak.
“Aris!Ada orang nak jumpa kau esok.Budak praktikal kat sekolah kita yang aku cerita semalam tu.Yang handsome dan kiut miut tu.Jumpa tau.Mirza bagi amanah kat aku ni.”Suara Fifi menghilangkan lamunan aku di dalam bas.Perempuan ni memang.Dia ni suka sangat panggil nama aku dengan singkatan Aris.Aku tanya dia kenapa dia kata pula…
“Alah…kau kan tahu aku tak ada kawan lelaki.Yang ada pun si Mirza,sepupu aku.Tu lah pasal aku panggil dengan nama Aris.Tu macam nama lelaki kan?”
Aku dah menyampah nak tegur dia supaya tak lagi panggil nama aku macam tu.Fifi ni perangainya macam ustazah sedikit.Sebab ayah dia ustaz kat sekolah aku.Ayah dia memang dah larang si Fifi ni bergaul dengan lelaki.Manalah tahu terjadi maksiat pula.Itu ayah dia katalah.Tapi secara diam diam,si Fifi ni kadang kadang kawan dengan lelaki juga.
”Apa salah berkawan asalkan jangan cari musuh.Lagipun ayah aku tak tahu pun.”Dia cakap macam tu sebab aku tegur dia kenapa dia kawan dengan lelaki kalau ayah dia dah larang.Dah tu pulak ayah dia dah bagi amanah kat aku suruh jaga dia ini.Memang mencari nahas aku ni.
“Fifi!Kalau kau nak keluar dengan lelaki ke ajak aku sekali ye.Ayah kau dah bagi tanggungjawab kat aku ni.Boleh eh?”Aku tanya dia pada suatu hari.
“Ok.Aku ajak kau nanti.Lagipun macamlah aku nak keluar dengan lelaki sangat.Aku cuma nak kawan je.Aku janji dengan kau ok.”Fifi jawab dengan senag hati.
Memang dari hari itu dia tunaikan janji dia.Kalau dia jumpa Mirza,rakan sekelas  merangkap sepupu belah ayah dia mesti diajaknya aku.Tak nak ada fitnah katanya.Kitaorang jumpa Mirza pun untuk belajar je.Ayah dia tak ada hal.
“Ohh…Aris.Kenapa kau termenung.Aku di sini sedang menunggu jawapan mu.”Fifi bernyanyi di sebelah aku.
“Ye lah mak minah.Boleh tak kau jangan menyanyi.Nanti hujan kang.Macam mana aku nak balik.”Dahlah rumah aku jauh dari tempat bas sekolah ni berhenti.
“Oh okey Aris.Ingat tau esok.Dah lah… aku nak turun.Bas dah nak berhenti tu.Bye.”Fifi bangun dari duduk di sebelah aku.
“Eh jap.Kenapa budak praktikal tu nak jumpa aku.Macam mana dia kenal aku.Aku tak kenal dia pun.”Aku tanya Fifi.
“Entah…kau tanya dia sendiri ye.Bye.”Fifi jawab macam tu je.Selepas tu dia turun dari bas dengan beberapa penumpang lain.Sebelum bas bergerak aku jenguk ke luar tingkap dan melambai Fifi.
“Ingat esok tau!”Fifi menjerit kat aku.Dia ni sempat juga menjerit macam tarzan kat aku ye.Aku bersandar di kerusi.
Dan…kenapa budak praktikal tu nak jumpa aku.Mengikut dari cerita Fifi semalam,budak tu dihantar oleh sekolahnya di sekolah aku untuk membuat praktikal .Praktikal apa aku tak tahulah.Tapi praktikal itu untuk keputusan SPM juga.Beberapa pelajar sekolah lain jugak dihantar untuk buat praktikal.
Macam mana dia boleh kenal aku pun tak tahulah.Para pembaca tahu tak?
…………………………………………..
“Nah 14 origami hati.”Aku menghulurkan kepada Azian.
“Ini 24 origami bunga ros,Qadri.”
“Dan ini 10 origami bintang untuk kau Hidayah.”
Dan tempahan rakan rakan lain aku serahkan jugak.Penat tau semalam membuat origami ni.Nasib baiklah Akmal membantu.Dapat juga tambah duit nak bantu ibu.
“Arissa!Nah…ada orang bagi kau.”Hakim ,rakan sekelas aku bagi sesuatu.Secebis koyakan kertas.Aku pergi belakang kelas.Buka kertas tu.
Nur Arissa Ainani…
Jumpa saya di library waktu balik tuisyen nanti.
Aliff Damien
Siapa pulak Aliff Damien ni?Budak praktikal tu ke?Dia nak jumpa aku buat apa.Nak tempah origami ke?Hisy!Asyik asyik origami je aku fikirkan.
“Asal ada orang nak jumpa kau mesti ingat orang tu nak tempah origami je Arissa kan?Jumpa je lah Aliff Damien tu.”Aku berjalan ke tempat duduk aku.Nak buat origamilah.Tapi kenapa sunyi sangat.Aku pandang sekeliling.Rakan sekelas aku pandang aku pelik. Eh eh…Aku cakap kuat ke tadi kat belakang?Sampai macam tu sekali diorang pandang aku.
Di Library
Ada beberapa orang pelajar di library.Bagus betul pelajar sekolah aku.Petang petang macam ni pun rajin lagi pergi belajar.Library sekolah aku ni lain sikit sebabnya ia buka sampai pukul 6 petang.Baguskan?
Aku mencari cari Aliff Damien manalah tahu dia mengamit aku datang kat dia ke.Tapi mana pula dia ni.Dah lah aku tak kenal dia sepatah haram pun.Terkial kial aku mencari.Akhirnya aku duduk juga di kerusi.Biarlah si Aliff Damien tu cari aku sendiri.Lagipun dia kenal aku.
Rasa rasanya aku bermaustautin kat library ini dalam setengah jam jugak.Aku dah panas hati ni. Menjengkelkan lah budak tu.Kalau si Aliff Damien tu tak datang dalam 5 minit lagi,lebih baik aku blah.Sia sia aku menunggu. Dah lak pulak aku kena balik sebelum pukul 6.Kang lambat alamatnya aku kena tinggal bas gamaknya.Sekarang pun dah pukul 5.25 petang.
Aku dah putus asa.5 minit bagi peluang pun dia tak datang.Aku nak balik.Tugasan sekolah nak buat,origami nak buat,kerja rumah lagi.Haiihhh…banyak kerja harus dibuat aku.
“Asalamualaikum.Maaf saya lambat.Tadi ada perkara penting nak dibuat.”Ada suara yang mengejutkan aku yang sedari tadi merungut.Aku berpaling dan seorang budak lelaki tersenyum ke arah aku.
Mak aiihhh…handsomenya.Cair aku di buatnya.Agaknya ni kut Aliff Damien.Hilang rasa jengkel aku kat dia sebab muka dia kiut sangat.Terjatuh cinta tu tak adalah ye.
“Awak!Maafkan saya?”Tangan dilambaikan dihadapan mukaku.Alamak!Boleh pula aku terberangan.
“Awak membazir masa saya tahu.Saya dahlah kena balik cepat.”Aku cakap kat dia.Biar dia tahu aku ni dah penat menunggu.
“I’m sorry.”Mahu tak mahu Aliff Damien kena minta maaf dekat gadis ni.Salah dia juga sebab lambat jumpa.Bukannya dia sengaja.Dia terborak borak(berbual) dengan Adam,rakannya tadi.
“Sudahlah.Ada apa nak jumpa saya?”Aku tanya budak lelaki depan aku ni.Jam ditangan sudah menujukkan pukul 5.35 petang.Habis aku.Jalan kaki nampaknya kalau lambat.
“Saya nak tempah origami.Boleh kan?”Aliff Rafiq menjawab.Aduhai Aliff!Sudah tentulah gadis ni boleh ditempah origami.Dah dia ni ratu origami.
“Lah…tu je ke awak nak jumpa saya.Kalau macam tu baik awak datang kelas saya.Buat penat saya menunggu awak tau.”Kalau aku tahu dia nak jumpa pasal origami dah tentunya aku tak datang tadi.
’Tapi tadikan memang kau dah dapat agak ke yang budak ni nak tempah origami.’Alahai pening aku.
“Maaf ye.”Maaf lagi diucapkan lelaki ni.Tak penat ke?
“Ok…ok.Awak nak tempah origami apa?Satu origami 50 sen.Nak apa?”Aku dah malas nak tunggu lama lama ni.Tertinggal bas aku nanti.
“Saya nak origami burung.Nak seribu.Boleh?”Dia kata apa?Aku dah terkejut beruk dengar permintaan dia.
Aliff Damien memandang pelik gadis depan dia.Apa kena pulak ni.Sampai buntang mata pandang aku.Apa…tak pernah ada orang ke tempah origami sebanyak tu ke?Dia mengaru garu kepalanya.
……………………………………………….
Malam tu di dapur aku,Akmal dan ibu makan malam.Hanya lauk ikan cencaru sambal dan sayur goreng yang hanya dijamah.Tapi dah kira eloklah tu daripada tak ada.Syukur Alhamdulillah.
“Arissa!Kamu jual origami lagi ke?”Soalan ibu mengejutkan aku yang sedang minum air.Sampai tersedak aku dibuatnya.
“Ya Allah…Arissa.Apa kamu ni?Ibu baru tanya soalan sampai tersedak kamu.Nah minum air ni.”Ibu memberikan air kepada aku.
Aku minum air dengan rakus.Hampir tercekik aku ni.Tercekik kenapa?Tercekik sebab soalan ibu tadi.Aduh!Macam mana nak jawab ni.Aku gigit bibir.
“Kakak ni memang ibu.Gelojoh sangat.Macam tak minum selama seribu tahun.”Suara Akmal kedengaran.Alahai…budak ni,bukannya nak tolong aku backup jawab soalan ibu tadi tapi menambahkan  gelisah aku adalah.Akmal cakap seribu ke tadi?
Seribu mengingatkan aku pasal petang tadi.Aliff Damien tempah seribu origami.Gila!Tak pernah ada orang tempah sebegitu banyak macam dia.Dah sah sah dia tu dah gila.Tapi aku lupa pulak nak tanya apa tujuan dia tempah origami beratus macam tu.
“Arissa!Soalan tadi.Kamu jual lagi ke origami?”Alamak ibu tanya lagi.Macam mana nak jawab.Aku pandang adik aku.Tolong!
“Apa?”Akmal pandang aku balik.Aduhai lagi.Adik aku ni buat buat bodoh pula.
“Arissa!Ibu tanya ni.Jawab.”Suara ibu dah naik volume.Macam mana ni.
“Err…Arissa buat origami…”Ibu bangun dari duduk.
“Tapi…Arissa bukan jual ibu.Arissa buat saje saje.Isi masa lapang.”Aku teruskan cakap sebelum ibu naik marah.Ampunkan Rissa ibu.Terpaksa tipu ibu.Ibu aku duduk balik.
“Arissa!Kamu ingat pesan ibu.Ibu tak nak kamu jual origami.Nak cari duit biar ibu cari.Rissa hanya tumpukan perhatian kepada SPM.Tahun ni penting.”Aku hanya menggangguk mengiyakan.
Tapi ibu,Rissa tak nak susahkan ibu.Rissa kesian tengok ibu kerja kat kedai Pak Musa.Rissa tengok ibu macam penat sangat.Origami je lah Rissa dapat bayar yuran.Duit yang ibu bagi untuk bayar yuran Rissa simpan je bu.Untuk Rissa  sambung belajar nanti.Aku pandang ibu.
“Sini Rissa.Akmal!Mari kat ibu.Ibu nak peluk kamu berdua.”Ibu mendepangkan tangan.Aku dan Akmal terus meluru ke pelukan ibu.Sayang ibu.
“Janji dengan ibu.Belajar sungguh sungguh.Banggakan ibu,sekali dengan arwah ayah ok.”Aku dan Akmal terus eratkan pelukan.
“Arissa!Boleh tak ibu buat satu permintaan.”Ibu pandang aku.Aku diam mendengar.
“Ibu tak nak kamu buat origami lagi.Itu je permintaan ibu.Ibu tak nak hidup dalam kenangan arwah ayah kamu lagi.Ibu sedih.Origami buat ibu sedih.Origami tu buat hidup ibu macam malang.”Ibu peluk aku balik.Aku dapat merasai air mata ibu basah di bahuku.Aku pandang Akmal di sebelahku yang sedang menahan tangisan.
“Arissa janji ibu.”Aku cakap.Kenapa aku cakap macam tu?Aku kan tak boleh berpisah dengan origami.Lagipun arwah ayah pesan suruh aku buat origami.Tolong bahagiakan ibu dengan origami.Pesanan terakhirnya.
“Akmal pun janji yang Akmal akan pastikan akak tak buat origami lagi.”Akmal menyampuk juga.Akmal!Kenapa kau berjanji juga.Kau kan tahu akak ratu origami.
“Terima kasih anak anakku.Ibu bangga dengan Arissa dan Akmal.Ibu sayang anak ibu ni.”Kita orang terus berpeluk dalam tangisan.
Ibu tak nak hidup dalam kenangan arwah ayah lagi.Origami!Ibu sangat benci origami.Sepuluh tahun lepas,arwah ayah meninggal kerana origami.Origami burung yang ingin diselamatkan arwah ayah di pejabat.
”Kerana origami ayah kamu meninggal.Ibu benci origami.”Teriakan tangisan itulah aku dengar.Ketika aku berumur 7 tahun.Malam tu.Malam ulangtahun perkahwinan arwah ayah dan ibu.
“Bakar origami tu semua.Bakar!”Selepas tu ibu pengsan.Aku disitu dipeluk nenek.Di depan jenazah  arwah ayah.
“Maafkan Rissa ibu.Selama ini Rissa ingat origami boleh bahagiakan ibu.Itu arwah ayah kata masa Rissa 7 tahun.Tapi,Rissa ingat balik kenangan dulu rupanya ibu benci origami. “
“Rissa akan cuba tunaikan janji Rissa.Yang Rissa tak akan buat origami lagi.Rissa akan cuba.Rissa sayang ibu.Sayang juga Akmal.Dan sayang juga arwah ayah.”
Aku lena dalam tangisan di pembaringan malam tu.Origami!Pergilah.Jauhilah aku.Aku nak melupakanmu.
…………………………………………………
“Lah…Rissa.Kenapa tak nak buat origami lagi.”
“A’ahlah.Kenapa tak nak buat.”
“Habis…macam mana aku nak bagi origami kat makwe aku.”
“Aku nak bagi pakwe aku juga.Buatlah balik origami.Please.”
“Buatlah….buatlah…”
Aduhai….pening.Aduh… binggung.Arghh…risau aku dibuatnya.Diorang ni menyeksa aku sungguh.Aku dah kata dengan diorang yang aku tak nak buat origami lagi.Tapi diorang ni paksa paksa pula.
Dan untuk melarikan diri daripada gangguan soalan,pujuk rayuan dan kemarahan mereka,di librarylah aku bertapa menenangkan diri.Malas betul aku nak join mereka.Lagipun cikgu semua mata pelajaran tak masuk hari ni.Ada program.Happy betul aku.
Belajar lebih baik.Lebih baik belajar.Nak jawab soalan baik,Lebih baik belajar.Cehh…power tak aku punya pantun.Moral di sini belajarlah sebelum kamu diajarkan.Tapi secara logik,memanglah kita diajar.Apalah aku ni.Back to the topic okey!
Add maths.Aku memang suka subjek ni.Dan aku akan hilang mood kalau ada orang ganggu aku yang sedang berjuang untuk berperang menjawab soalan ni.Memang jadi kepantangan aku.Aku tak suka diganggu masa buat add maths.
DILARANG MENGANGGU RISSA SEMASA BUAT ADD MATHS!Itulah yang ada di kepala aku sekarang.
“Hai!...”Arghhh…menyakitkan hati betul.Aku nak je taekwando budak yang ganggu aku ni.Aku pandang pemilik suara tadi.
Senyuman yang mencairkan hati.Siapa lagi kalau bukan Aliff Damien.
Jejaka…err…err apa ye?Aku nak bagi dia nama gelaranlah.Jejaka smile.Smile Man.Cun tak?Tapi tak nak lah panggil depan dia.
Aku pandang dia dengan muka tak perasaan.
“Menganggu ke?”Aliff Damien ni memang.Dah sah sah dia menganggu aku.Nampak tak muka aku yang tengah bosan ni.
“Tak lah.Tak menganggu pun.Duduklah…”Lain pula yang aku cakap.Aku nak sambung balik tapi…
“Thanks…awak…”
“Kalau awak tak malu.”Dah sambung pun.Dah terkena ye kau Aliff Damien.
“Err….saya…err…”Hisy!Apa yang aku nak cakap ni.Aliff Damien mengaru garu kepala.Aiks…pelik betul aku.Tak pernah aku terkedu depan perempuan selama ni.Cool je aku selama ni.
“Err….saya…err…apa?Cakap tu elok sikit ye.Saya ni tak faham.”Aku punya wayar dalam otak dah tersimpul ke atau terputus?Tiba tiba aku loyar buruk pula dengan dia.Tak pernah pernah aku ni.
“Err…lupakanlah.Saya ni nak tanya.Awak boleh buat origami tak?Semalam saya tanya awak lari pula.Kenapa?”Aliff Damien menanya.Semalam tiba-tiba pula Arissa ni lari pecut dari dia.Entah tersampuk apa ntah.
Origami lagi.Aduhai…timing aku nak lupakan origami,ia datang mengejar aku.Origami pergilah.Aku tak nak kau lagi.
“Saya nak bagitahu awak ye.Mulai hari ini dan hari hari seterusnya sehingga selamanya saya tak akan buat origami lagi.Saya dah berhenti.”Aku cakap keputusan muktamad kat dia.Sorrylah ye.Aku ni dah terlanjur berjanji.
“Apa?Kenapa?Bagaimana?Apasal berhenti pula?”Aliff Damien terkejut.Macam mana ni.
“Itu bukan urusan awak.Baik awak pergi.Saya nak belajar.”Aku halau dia.Menyibuk!
“Tapi…awak tak boleh buat macam ni.Saya ni macam mana.Dah lah saya ni sudah berjanji.Tolonglah buat origami.”Aliff Damien merayu.Apa kena dengan aku ni?Merayu segala dekat gadis ni.Jatuh saham aku.
“Kalau awak berjanji saya pun dah berjanji.Berjanji yang saya tak akan buat origami lagi.Pergilah cari orang lain.”Tolong jangan buat aku bersedih Aliff Damien.Rayuan kau boleh buat aku menangis.Origami hidup aku.Tapi aku kena berpisah dengannya.
“Tolonglah.Kalau nak saya bayar lebih kat awak pun boleh.Cakap je berapa.”Aliff Damien tawarkan harga.Manalah tahu yang Arissa ni nak duit lebih ke?
“Ini bukan pasal duitlah.Awak ingat saya ni mata duitan ke?Tolong jangan ganggu saya lagi.Awak pergilah.”Aku ni dah hampir menangis.
“Saya tak akan pergi kalau awak tak nak buat origami lagi.Saya akan tetap ganggu awak.”Aliff Damien mengugut Arissa.Ini jalan yang dapat aku fikirkan secara pantas.
“Sukahati awaklah.Saya nak pergi.”Aku kemas barang aku.Kemudian keluar dari library.Lebih baik aku cari tempat yang tenteram.
Aliff Damien memerhatikan Arissa keluar.Tak apa.Hari ini tak berjaya tapi hari esok ada.Hanya tunggu dan lihat Arissa.Kau akan buat origami balik.
………………………………..
“Mak….alamak…. ”Apa yang harus aku buat.Aliff Damien suka sangat ganggu aku.Tujuannya nak suruh aku buat origami balik.Menyampah!
“Buat balik origami.Kalau tak saya akan terus ganggu awak.Datang rumah awak pun saya sanggup.”Satu hari tu Aliff Damien sekat aku yang sedang menuju nak pergi makmal.
“Awak ni dah gila ke?Kalau awak tu dah fanatik sangat dengan origami lebih afdal awak pergi buat sendiri.Kan senang.”Aku bagi jalan mudah.
“Masalahnya saya ni tak reti buat origami.Awak je yang tahu.”Jawab Aliff Damien.
“Tak tahu…belajar.”Aku terus tinggalkan dia.
Tapi aku rasa gelisah semacam.Baru aku tahu,kalau tak buat origami mesti tak lengkap hidup aku.Kadang-kadang masa aku tengah tunggu bas mesti ada seorang budak yang buat origami.Macam macam yang dia buat.Origami yang dibuatnya mengamit aku buat origami balik.Haihh….rindunya origami.
“Kenapa awak nak origami?Awak nak buat apa?Sampai seribu menempah.”Aku tanya Aliff Damien pada satu hari di kantin selepas aku fikir masak masak nak buat origami balik.Dia ketika tu sedang makan nasi lemak.
Aliff Damien terkejut dengan kemunculan Arissa depannya.Tiba tiba je datang perempuan ni.Hampir pengsan aku.Dia tak menjawab soalan Arissa sehingga dia menghabiskan makanannya.Selepas tu dia ajak Arissa mengikutnya.
“Tengok gambar ni.”Arah Aliff Damien selepas dia mengeluarkan sekeping gambar dari walletnya.Dia dan Arissa ketika itu berada di tepi padang.Biarlah aku cerita semua kenapa aku nak origami sampai seribu.Aliff Damien memandang Arissa.
Aku ambil gambar tu.Ada seorang gadis dalam lingkungan umur aku tersenyum manis.Di sebelahnya Aliff Damien berlatarbelakangkan Eiffel Tower di Paris.Wah…Paris.Kagum aku.
“Kenapa dengan gambar ni.Apa kena mengenanya dengan origami.”Tanya aku.Aliff Damien mengambil masa nak jawab soalan aku.Susah sangat ke.
“Gadis dalam gambar tu sepupu saya dan juga merupakan cinta pertama saya.”Jawab Aliff Damien.
Cinta pertama.Wahh…tak pernah aku dengar ada cinta pertama dalam usia mentah macam ni.
“Cinta pertama ye?Dengan sepupu awak.Jarang betul ada orang bercinta dengan sepupu sendiri.Hmm…so,kenapa awak nak origami.”Balik balik aku tanya tentang origami.
Aliff Damien ketawa.Kelakar pula aku dengan Arissa ni
“Sebab….saya nak luahkan cinta saya dekat dia dengan origami burung.Saya tahu memang tak ada orang buat macam saya.Saya buatlah.Kan romantik gitu.”Aliff Damien pandang Arissa.
Origami burung!Aliff Damien nak luahkan cinta dengan origami burung.Macam arwah ayah buat.Aku tak sangka.Tiba-tiba air mata aku menitis.Aku terharu.
“Kenapa awak menangis ni?Saya salah cakap ke?”Aliff Damien terkejut dengan air mata Arissa.Aku tak pernah buat perempuan menangis.Termasuk umi aku sendiri.Air mata kebanggaan adalah.
“Tak adalah.Saya cuma terharu je. Tak sangka ada lelaki macam awak zaman sekarang ni.And siapa kata tak ada orang luahkan cinta dengan origami.Adalah.”Aku menerangkan.
“Oh ye ke...Boleh saya tahu siapa jejaka yang romantik macam saya tu?.”Aku nak tahu juga.Aliff Damien menunggu jawapan Arissa.
“Arwah ayah saya pernah buat macam tu kat ibu saya.Saya rasa meluahkan rasa cinta melalui origami tu romantik sangat.Saya ada berangan juga,kalaulah ada lelaki yang buat macam tu kat saya.Dah tentu tentu saya terus terima lelaki tu jadi suami saya.”Aku bagitahu dia.
“Tak sangka awak ni gatal juga.Fikir kahwin je.”Sakat Aliff Damien.
“Jangan nak mengarut ok.Awak tu lah yang gatal.”Aku nafikan.
“Ok ok lah.So,macam mana.Boleh buat origami balik?”Boleh-bolehlah.Harap Aliff Damien.
Hmm…aku fikir fikir sekejap.Aku rasa boleh kut.Tapi janji aku dengan ibu macam mana?
“Err…boleh kut…tapi…”Cakap aku terhenti sebab sorakan gembira Aliff Damien bingit di telingaku.
“Tapi ada syaratnya.”Aku hentikan sorakan dia.
“Apa syaratnya saya terima.Saya tak kisah.”Aliff Damien dah gembira sangat.
“Syaratnya,saya buat origami selepas SPM.”Aku cakap syaratnya.
“Lepas SPM ke?Hmm….saya boleh je….kut.”Boleh lah tu Aliff daripada Arissa tak buat langsung.Tak lari gunung dikejarkan.Adeila akan tunggu kau.
“Ok…lepas SPM kita jumpa.Buat sementara ni jangan jumpa saya tau.Kalau tak saya tak buat origami.Ingat tu.”Aku mengingatkan Aliff Damien.SPM lebih tiga bulan tinggal.Tumpukan perhatian!!!Lepas tu aku terus tinggalkan dia.Waktu rehat dah habis.
“Ok…saya janji.”Aliff Damien terduduk di situ.Demi Adeila aku akan lakukannya.Tak kira apa jua rintangan.
………………………………………….
SPM dah sebulan berlalu.Syukurlah,nasib baik aku dapat jawab dengan senang hati.Dan sekarang aku tengah menunaikan janji membuat origami untuk Aliff Damien dan makwe di Adeila.
Enam ratus kepingan origami.Baru tu je aku buat.Lagi empat ratus tu kemana.Tapi aku banggalah.Pecah rekod!Memang aku tak pernah buat origami sampai enam ratus keping dalam sebulan.
Kalau Aliff Damien tolong aku buat mesti dah siap dah.Tapi dia tu pemalas.Sorang sorang juga aku buat.Dia hanya tengok aku buat.Sesekali tu boleh pula dia tertidur depan aku.Akmal pula tak bantu aku.Sebab dia memang tak tahu aku buat balik origami.Aku buat dan sorokkan origami ni dekat library awam tempat tinggal aku.Kalau ibu tahu nahas aku.
“Arissa!Saya nak bagitahu awak.Esok…Adeila nak datang sini.Nak jumpa awak.”Tiba tiba Aliff Damien menyergah aku yang sedang melipat kepingan kertas.Astaghfirullah…terkejut aku.
“Awak ni tak reti bagi salam ke.”Aku tegur dia.Aliff Damien duduk depan aku.
“Sorrylah.Lain kali saya bagi salam.Esok awak tak payah buat origami depan dia tau.Bocor rahsia saya nanti.”Cakap Aliff Damien.Dia mengambil kepingan kertas di tangan Arissa.
“Hmm...Bila makwe awak balik sini?Awak kata Adeila balik minggu depan.”Aku ambil balik kepingan kertas di tangan Aliff Damien.
“Semalam.Dia kata nak ronda KL ni sepuasnya sebelum balik Paris minggu depan.Sebab tu dia datang awal nak jumpa saya.Dan saya ada citer tentang awak kat dia.”Aliff Damien mengambil balik kepingan kertas tadi
“Awak jangan suka suka cerita benda yang tak elok tentang saya.Kalau tak,tahulah akibatnya.”Aku ambil kepingan kertas lain.
“Mana ada saya cerita benda tak elok.Saya cuma cakap awak kawan baik saya di sekolah.Itu je.”
“Dia nak jumpa saya dekat mana?Pukul berapa?”Aku meletakkan origami burung di dalam kotak.
“Jangan risau.Awak cuma tunggu sini dalam pukul 2 petang.Saya dan Adeila jemput awak.Bye.”Aliff Damien bangun dari kerusi.Lepas tu dia pergi tinggalkan aku.
Aku hanya tengok dia pergi menonong macam tu.”Tak reti reti bagi salamlah lelaki ni.Macam omputih je babai babai segala.Aku terfikir macam manalah aku nak cakap dengan Adeila esok.Mesti kekok.
…………………………………..
“Wahhh….origami burung.Cantiknya.”Adeila terharu.Tak sangka Arissa reti buat origami burung yang disukainya.Dia mengambil kepingan origami tu dan membeleknya.
Adusshh….macam mana boleh terkeluar pula dari kotak.Aku masa tu sedang mengemas beg tersepak pula kotak berisi origami di kaki aku.Aku perasan jelingan maut Aliff Damien.Kiteorang masa tu dalam library awam.
“Err…tu kawan saya punya.Saya buatkan untuk dia.Jomlah kita pergi.”Aku ambil balik origami burung di tangan Adeila dan memasukkan semula di dalam kotak.
“Jomlah Deila.You kata nak luangkan masa dengan I dan Arissa sebelum you balik Paris.”Suara Aliff Damien menyelamatkan aku yang tengah mati akal.
“I lupa pula.Jomlah Rissa.Biar kita tinggalkan Damien ni sorang sorang.”Adeila menarik tanganku.
“Amboi…mentang mentang ada kawan.Tak pe.I merajuk.”Aliff Damien pura pura merajuk.Dia meluru keluar dari library.
“Alah you.Jangan merajuk.Macam budak budaklah.”Adeila memujuk.Dia terus pergi ke sisi boyfriendnya.Memujuk orang tua seperti Aliff Damien tu.
Aku hanya tersenyum di belakang mereka.Kelakar pula aku rasakan dengan pasangan sejoli ni.
“Aduh…”Aku hampir terjerit.Kenapa hati aku perit ni.Aku pegang dada aku.Aku melihat adegan Aliff Damien dan Adeila yang sedang saling memujuk.Sakit masih terasa lagi.Kenapa ni?
“Kelakar you ni Damien.Arissa jom.Kita ronda ronda KL ni sepuas puasnya.Driver papa Damien akan bawa kita pergi mana saja yang kita nak.”Adeila tarik tangan aku dan menyuruh aku masuk di tempat penumpang.
“Arissa!Awak minta je apa yang awak nak ok.Adeila akan belanja awak.Dia tu kaya.”Aliff Damien tergelak.
“You ni….”Aku dah tak dengar apa apa lagi.Aku hanya memfokuskan pandangan kepada Aliff Damien yang sedang ketawa.Hati aku berasa sakit yang tak terperi melihat mereka.
Kenapa dengan aku?Adakah aku mula jatuh cinta dengan Aliff Damien?Dalam umur macam ni?Aku tak boleh cintan cintun dengan dia.Dia dah ada Adeila.
Tak boleh!Tak boleh!
……………………………………
“Kenapa awak tak banyak cakap Rissa?Saya pelik tau.”Tiga hari selepas tu Aliff Damien menanya aku.Aku tak menjawab.
“Rissa!Awak ni sakit ke?Demam ke?”Aliff Damien meletakkan telapak tangannya di dahi Arissa.Dah tiga hari si Arissa ni tak cakap dengan aku.Kenapa pula?
Aku menepis tangan Aliff Damien.Sesuka hati menyentuh orang.
“Mana ada.Saya ok je.Saya cuma nak cepat siapkan origami ni.Penatlah saya hari hari datang library ni.Nanti ibu saya syak pula.”Aku cakap.Sebenarnya tu bukan sebabnya.Aku sebenarnya takut kalau kalau perasaan aku makin mengebu jika dengan dia.
“Lorr..ye ke.Nak saya tolong ke?Saya boleh bagitahu ibu awak kenapa awak hari hari datang library ni.”Aliff Damien menghulurkan bantuan.
“Tak payahlah.Thanks.”Aku  ucapkan terima kasih.
“Ok…kalau tak nak.”Aliff Damien menompang dagu dengan tangannya memandang Arissa.Dia rasa macam ada sesuatu yang pelik di dalam hatinya.
“Apa hal awak pandang saya macam tu.Buang tabiat ke?”Rimas pula kalau Aliff Damien renung aku macam nak telan.Aku ambil air tin di meja dan meminumnya nak hilangkan rasa tak selesa.
“Tak ada apa apa.Mungkin saya dah jatuh cinta kat awaklah. Awak comellah dengan tudung polka dot awak ni.”Pernyataan Aliff Damien buat aku tersedak.
“Eh…sorry.Tak sengaja.Saya gurau je.Awak tak apa apakan?Sorry again.”Cemas Aliff Damien.Tak sangka pula yang Arissa ni boleh tersedak macam ni sekali.
“Jangan bergurau boleh tak.Saya mati kat sini nanti siapa nak tanggung.”Aku cakap kat dia lepas lega dari tersedak.Dia gurau je ke.Aku ingat memang dia dah jatuh hati dengan aku.
“Sorry….saya cuma nak ceriakan awak.Muka awak memanjang serius je.”Alasan Aliff Damien.
Aku tak layan alasan dia.Aku teruskan buat origami.Lagi seratus lebih nak buat.Insya-Allah mungkin minggu depan siap.Tiba tiba nada telefon Aliff Damien berbunyi.Aliff Damien mengangkatnya.
Aku tidak mempedulikan siapa yang telefon Aliff Damien.Mungkin Adeila kut  yang telefon.Dia kan nak balik Paris 2 hari lagi.Aku terdengar esakan seseorang.Aku mendongak dan rupa rupanya Aliff Damien menangis.Menangis rupanya.Tapi…
“Kenapa awak menangis.Ada apa apa ke?”Aku bangun dari kerusi dan menuju kearahnya.Aliff Damien memandang aku sayu sebelum dia memeluk aku.Aku terkedu di situ.
“Ad..deila…dia…ko..koma.Dia koma Rissa…”Esakan Aliff Damien buat aku lebih terkedu.Macam macam ada dalam otak aku sekarang.Adeila koma dan di sini Aliff Damien memeluk aku erat.
…………………………………….
Aku memandang Adeila yang terlantar di katil.Wayar wayar berselirat di seluruh tubuhnya.Ya Allah!Tak ada sesiapa yang dapat melawan takdirmu.Sesunguhnya hamba-Mu ini bertaubat kepada-Mu.Ampunkan hamba-Mu ini.
Aku mendekati Adeila.Tak dapat disangka yang gadis ini menderita menghidap penyakit barah hati.Selama ini dia merahsiakan penyakit dari keluarganya.Dengan takdir Allah,keluarganya mendapat tahu setelah Adeila pengsan secara tiba tiba masa sarapan di meja makan rumah papanya.
“Ya Allah,Adeila!Kenapa awak buat macam ni.Kesian keluarga awak.Dan paling penting kesian Aliff Damien.”Aku cakap kat dia.Ada orang kata,kalau seseorang itu koma dia akan dengar suara orang yang berada di sekelilingnya walaupun dia terbaring macam tu.
Aku pandang ke luar tingkap.Cahaya matahari menyinar gembira melimpahkan cahaya di muka bumi ini.
“Dah lebih seminggu awak tak sedar.Awak tak penat ke terbaring macam tu Adeila.Awak bangunlah.Jumpa saya.Jumpa keluarga awak.Jumpa Aliff Damien,cinta awak.”Ayat terakhir yang aku ungkapkan tu bagai menghiris hati aku.Dahlah Arissa.Mengalahlah.Kau boleh cari cinta lain.Kumbang bukan seekor.
 “Arissa!Awak boleh tolong buatkan origami untuk saya tak?Saya nak origami burung.”Terngiang ngiang suara ceria Adeila di telingaku semasa keluar meronda KL hari tu.Ketika tu Aliff Damien membeli ais krim.
“Awak ingatkan apa yang awak minta masa kita keluar bersama sama hari tu.Awak kata nak origami burung kan?”Aku mengingatkan Adeila.
“Saya nak bagitahu satu rahsia kat awak.”Aku sentuh tangan sejuk dia.
“Awak tak minta origami burung pun memang saya dah buatkan untuk awak tau.Siapa yang suruh saya buat?Awak nak tahu tak?”Aku tersenyum sedikit.
“Aliff Damien.Dia yang suruh saya buat.Sampai seribu dia tempah.Sebab dia cintakan awak sangat.Dia kata nak luahkan perasaan dia kat awak dengan origami burung.Origami burung yang awak nak sangat.”Aku teresak esak menangis.
“Kalau awak nak origami burung.Saya minta satu je.Awak tolonglah bangun dari lena yang panjang ni.Saya rela berkorban masa dan tenaga.Saya rela juga berkorban cinta saya demi awak.Saya nak awak sedar dan saya nak Aliff Damien gembira bersama awak.”Aku melepaskan tangan Adeila.Mengelap sisa airmata aku di pipi.
“Ingat tu Adeila.Tolong sedar ok.”Selepas tu aku pegang tangan dia sekejap dan nak mengorak langkah pergi.Tapi langkah aku terhenti.Aku berpaling dan melihat Adeila mengenggam tangan aku.Ya Allah!
Pintu terbuka dan Aliff Damien memandang aku terkejut.
……………………………………….
“Damien!Maafkan I ye.I buat you sedih.”Adeila meminta maaf kepada Aliff Damien.Dia memandang sayu Aliff Damien yang sedang mengupas buah di tepi katilnya.
“It’s  okay.Tapi lain kali jangan buat lagi.I risau sangat.Lepas ni you jangan fikir tentang sakit you.Kita dah ada pendermanya.Dan you akan selamat.I sayang dan cintakan you sangat sangat. .”Aliff Damien pandang muka pucat Adeila.Dia tersenyum.Kesian Adeila.
“You sayangkan I tapi you lebih sayangkan Arissa.You cintakan I tapi you  lebih cintakan Arissa.Betul tak apa yang I kata?”Adeila menguji Aliff Damien.Rasanya Aliff Damien tak cintakan dia lagi.Aliff Damien cintakan Arissa.
“You kata apa ni Deila.I cintakan you.You cinta pertama I.Selepas habis belajar kita kahwin.Kita akan hidup bahagia.”Aliff Damien bangun dari duduknya.Dia terus pegang pipi Adeila.Merenung Adeila untuk menyakinkan gadis itu.
“I memang cinta pertama you tapi Arissa cinta terakhir you.You akan bekahwin dengan Arissa nanti.”Adeila tersenyum kelat.Dia pegang tangan Aliff Damien di pipinya.
“Tak!I tak akan kahwin dengan Arissa.I akan kahwin dengan you.Kalau boleh sekarang ni I akan bagitahu uncle hubungan kita.”Muka Aliff Damien kelihatan merah.Dia duduk balik di kerusi.Meraup mukanya.
“I dah tak akan lama lagi.Bila bila masa je I boleh pergi.Permintaan terakhir,I cuma nak you hidup bahagia dengan Rissa.”Minta Adeila.Bila bila masa Allah swt boleh ambil nyawa hamba-Nya.
“Tak!Tak!”Aliff Damien mengeleng geleng.Air mata mula bertakung di tubir mata.
“Tolong tunaikan permintaan terakhir I.You cintakan Arissa bukan I.You patut kahwin dengan Rissa.”Air mata Adeila mula menitis.
“You…I…”Dah tak terkata Aliff Damien.Adeila…kenapa buat I macam ni.
Pintu terbuka.Terjengul Arissa dengan muka gembira.Aliff Damien hanya memandang dan Adeila tersenyum kelat.
…………………………………….
“Ibu dah kata.Jangan buat origami lagi Arissa.Origami tu membawa malang.”Suara ibu bingit di telinga semasa aku masuk ke dalam rumah.
“Arissa!Rissa!”Aku terus menonong pergi ke bilik tanpa menghiraukan panggilan ibu.Aku tak sanggup dengar ibu kata origami membawa malang.Di bilik,aku merebahkan badan di katil.Aku ambil bantal dan tekupkan muka aku .
“Esok pagi,awak tolong bawa origami ye.Saya nak tengok.Sebelum pembedahan nanti.Kalau saya pandang origami mesti saya ceria dan suka.Origami buat orang ceria”Permintaan Adeila semasa aku jumpa dia di hospital sebelum dia meninggal.Aku memang tunaikan permintaan dia.Sesampainya aku di hospital keesokannya,jenazah Adeila di depan aku yang belum sempat dibedah.
Keluarga Adeila menangis di situ.Aku hanya menahan tangisan dan mencari cari Aliff Damien.Tetapi aku tak jumpa dia setelah dia bawa aku pergi hospital ni.Membawa origami yang diminta Adeila.
Petang tu,barulah aku melihat Aliff Damien di pengebumian arwah Adeila.Muka Aliff Damien tenang sangat.Dia tak rasa sedih ke?Teman wanita dia pergi.Cinta pertamanya tinggalkan dia.
Setelah orang ramai beredar aku masih lagi duduk bertafakur di situ.Membaca yasin dan doa untuk arwah disana.
Bantal di muka aku di tarik ibu.Aku bangun dari katil dan pandang ibu.
“Mulai hari ini,Rissa!Jangan buat origami lagi.Bakar semua origami yang kamu buat tu.Sekarang!”Ibu mengarahkan aku.Akmal di sisi ibu hanya diam memandang aku.
“Rissa memang dah bakar selepas balik dari kubur arwah ayah dan Adeila tadi.Rissa janji tak akan buat lagi origami.”Aku terus memeluk ibu.Menangis dalam esakan.Akmal datang memeluk kami.
Sebenarnya origami yang beribu banyaknya  itu tidak dibakar langsung.Aku beri origami tu kepada Aliff Damien sebelum balik tadi.Dia dah tempah kat aku.Takkan nak bakar kut.Sayang.Lagipun dia dah bagi duit.Sepatutnya dia kena ambil.
Walaupun dia suruh aku simpan origami ni,aku tak nak.Aku tak nak menyimpan hadiah yang dia nak dihadiahkan kepada orang lain.Aku takut lebih kecewa.Aku hanya bertepuk sebelah tangan.
Orang yang patut dihadiahkan origami tu dah tiada. Aku tak tahulah apa yang dia akan buat dengan origami tu.Mungkin disimpan sebagai kenangan atau mungkin dibakar seperti yang disuruh ibu.
…………………………………………………
10 tahun kemudian………..
“Mama!Mama!Nak origami.Buatkanlah untuk Mia.”Seorang budak perempuan dalam lingkungan umur 5 tahun meminta ibunya membuat origami.
Di taman ini,aku memerhatikan mereka.Origami!Dah lebih 10 tahun aku tak membuatnya.Rasa rindu mengamit aku.Rindu dengan arwah ayah dan rindu dengan arwah Adeila.Kenangan origami dengan mereka.
“Mama tak reti buatlah sayang.Mia suruh papa buat ok.”Suara mama budak perempuan  itu memujuk.Tak reti buat ke.
“Adik!Mari sini dekat kakak.Biar kakak buatkan.”Tapi itu hanya suara hati aku.
“Alah…mama buatlah.Papa tak reti.Mia nak juga!”Budak perempuan  itu dah mula menangis.
Aku bangun dari duduk di bangku taman menuju ke arah mereka.Aku berlutut di depan budak perempuan yang sedang teresak esak tu.
“Adik nak origami ke?Mari kakak buatkan.Nak origami apa?”Aku memujuk budak perempuan itu.Budak tu dah tak menangis lagi.
“Nak origami burung.Bolehkan?”Budak  perempuan itu meminta.Origami burung mengingatkan aku kepada Aliff Damien.Ya Allah!Dah begitu lama aku tak berjumpa dia.10 tahun lamanya.Jantung aku berdegup kencang.
“Ok…kakak buatkan.”Aku terus mengeluarkan gunting dari beg sandang untuk memotong kertas itu.Aku melipat kertas sehingga kepingan kertas tersebut berubah bentuk menjadi origami burung.Aliff Damien muncul lagi di dalam ingatan aku.
“Yehh…thanks kakak.Sayang kakak.”Tiba tiba budak tu mencium pipi aku.Aku hanya tersenyum.
“Terima kasihlah ye dik.Kalau tak ada adik mesti si Mia ni menangis.Tahulah macam mana perangai kanak kanak.Tak dapat sesuatu tu mesti menangis.”Mama budak tu mengucapkan terima kasih.Aku hanya tersenyum.Aku menyimpan gunting didalam beg.Setelah itu aku bangun dari duduk melutut aku.Lenguh kaki aku.
Aku berpaling dan tiba tiba aku terpeluk seseorang.Alamak…terlanggar pula aku dengan seorang lelaki.Aku menolak badan lelaki tu dan meminta maaf.
“Kalau nak minta maaf jangan mukanya ditunduk.Minta maaf dengan ikhlas hati.”Suara tu macam aku kenal.Aku mendongak ke atas.Aliff Damien!!!
“Papa!Kenapa papa lambat datang.Mia dengan mama tunggu lama tau.”Budak tadi memeluk Aliff Damien.Dia dah kahwin?Dah ada anak?Tak mungkin!
Aku pandang Aliff Damien mendukung budak tu.Mama budak tu mendekati aku.
“Ini suami saya.Kenalkan Aliff Damien.Abang!Ini wanita yang tolong Lia buatkan origami untuk anak kesayangan abang ni.Mengada gada betul anak abang ni.”Mama budak tu pegang tangan Aliff Damien.
“Hai!”Tangan dihulurkan.Tapi aku terus tinggalkan mereka.Tak sanggup lagi.Tak sanggup melihat kemesraan mereka.Macam menyindir aku yang tak pernah ada cinta dengan orang yang dicintai.
Aku berlari anak dan terus masuk ke kereta Myvi aku.Air mata terus menitis tanpa kesudahan.
……………………………………………………
Aliff Damien!Adakah aku ini bertepuk sebelah tangan.Mencintai kau tapi engkau tidak mencintai aku.Kau tak ada perasaan kepada aku ke?
Aku tahu kau mencintai arwah Adeila dulu.Aku tahu juga kau boleh cari cinta  lain.Tapi cinta itu,kenapa bukan cinta aku.Kenapa mesti cinta orang lain.
“Arissa!Tolonglah jangan menangis.Jangan kau tangisi dengan cinta tak kesampaian kau tu.Dia dah kahwin.Jangan kau musnahkan perkahwinan mereka.”Aku cakap dengan diri aku sendiri.Cakap tak nak menangis tapi tak boleh.Aku nak nangis juga.
“Anak ni tak apa apa ke?Kenapa menangis?”Ada seorang mak cik dalam lingkungan umur lewat 40 an menanya aku yang tengah duduk di wakaf di satu taman yang aku sendiri tak tahu apa namanya.
Aku mendongak memandang mak cik tu.Aku mengesat air mataku di pipi.Tapi melihat mak cik tu tersenyum manis aku menangis balik.Sampai teresak esak dibuatnya.Aku rindu arwah ibu.Arwah ibu dah tinggalkan aku dan Akmal pada 5 tahun lepas.Lemah jantung.
“Anak ni jangan menangis sayang.Risau mak cik dibuatnya.Cerita kat mak cik apa masalah anak ni.Mungkin mak cik boleh tolong.”Mak cik tu hulurkan bantuan.Dia duduk di sebelah aku.
Aku renung mata mak cik tu dalam dalam.Anak mata coklat cair itu amat menarik perhatian aku.Aliff Damien!Warna matanya sama dengan mak cik ni.Aku menangis lagi.
Tiba tiba mak cik tu memeluk aku.Aku hanya biarkan.Rasa selesa dan disayangi.
“Anak jangan sedih.Jangan kesali benda yang dah berlaku.Ini dah qada dan qadarnya.Redhalah dengan takdirnya.Allah swt itu amat adil dan penyayang.”Nasihat mak cik tu.
Ingat tu Arissa.Redhalah dengan kententuannya.Mungkin kau akan jumpa lelaki yang lebih baik ke?Mana tahu.Aku merenggangkan pelukan.Aku senyum kepada mak cik tu.Ikhlas ni.
“Terima kasih atas nasihat mak cik.Insyaallah.Saya tak akan menangis lagi.Lagi lagi perkara yang dah lepas.Terima kasih.”Aku cakap kat mak cik tu.Kalau tak ada makcik tu tak tahulah apa yang berlaku kat aku.Entah bunuh diri tak?Frust menonggeng punya pasal.
“Mak cik tolong je.Anak ni nama apa?Nama mak cik Nur Zarina.Panggil mak cik umi saje.Mak cik dah mula sayang kat anak ni walaupun baru kenal.”
“Er..nama saya Arissa.Tak apa apa ke saya panggil mak cik ni umi?”Aku tanya mak cik.Risau pula aku.Baru jumpa orang tak dikenali dah mula panggil panggilan mesra.Tak cemburu ke anak anaknya?
“Eh apanya pula.Anak teruna umi tahu pun dia mesti suka.Tak percaya ke?Nanti umi bawa Rissa jumpa dia.Dia lah orang paling happy sekali.”
Mak cik ni mengarut apa.Anak teruna dia gembira kalau jumpa aku.Ini macam nak jodohkan aku dengan anak dia je.Hisy…tak baik sangka buruk buruk.Mak cik oopss  umi Zarina ni kan baik.
“Tak apalah umi.Lain kali je.Kita kan baru jumpa.Kalau dah lama kenal nanti Rissa jumpa dia okey.Boleh mak cik.”Air mata dah tak ada lagi.Seronok pula layan umi Zarina ini.Terima kasih Allah.Ada juga orang yang baik hati.
“Boleh apa salahnya.Janji Rissa selalu jumpa umi.Umi nak nombor telefon Rissa.Senang nak call.”Umi Zarina keluarkan handphone dia dari handbegnya.Lantas aku terus bagi nombor telefon aku.Seronok ada umi ni.Rindu pula kat  arwah ibu.
“Eh dah azan asar.Jom Rissa kita pergi solat.”Umi Zarina ajak aku setelah terdengar laungan azan di masjid berdekatan.
“Ok.Jom umi.”Tersenyum lebar aku.Gembira aku kerana ada orang sudi berkongsi masa bersama aku.
Kaki terus melangkah ke masjid menunaikan solat.Kewajipan setiap hamba-Nya di muka bumi ini.
…………………………………………..
Beberapa minggu berlalu.Hidupku seperti biasa.Merawat orang sakit.Aku kan doktor.Kadang kadang teringat kepada Aliff Damien.Tapi aku berusaha nak lupakan dia.Dia dah kahwin.Aku takut berdosa merampas suami orang.So,untuk lupakan dia aku selalu luangkan masa bersama umi Zarina.
Best kalau dengan umi Zarina.Dia ajar aku masak,berkebun,buat kek dan baru aku tahu yang Umi Zarina ni ada butik pengantin yang paling besar cawangan di KL ni.Bangga pula aku.
Umi Zarina ada dua orang anak.Suami Umi Zarina sudah meninggal dah lama dah.Kira kira 8 tahun lepas.Anak sulung perempuan.Dah kahwin dan dah anak pun.Yang bongsu lelaki.Sama umur macam aku,27 tahun.Kerja doktor macam aku juga.Bezanya dia ada klinik sendiri.
“Dr.Rissa?Ada emergency.Pesakit cedera di kepala kerana accident.Pendarahan tidak berhenti.Di ruang kecemasan sekarang.”Nurse yang bername tagkan Nura membuka pintu bilik aku dan doktor lain.Aku pandang nurse itu.
“Saya akan datang segera.Tolong maklumkan kepada Dr.Salleh saya lambat 5 minit.Saya nak kemaskan barang saya.”Aku bangun dari kerusi dan kemaskan fail fail perubatan yang berselerakkan di atas meja.
“Baiklah.”Nurse tu terus menonong pergi.
Adatlah kalau ada orang selalu sakit setiap hari.Accidentlah,jatuh tanggalah,kena pukullah dan entah apa apa yang sakitnya.
“Kenapa Aris?Ada kecemasan ke?”Fifi menanya aku.Dia kebetulan baru masuk bilik di mana aku dan dia berkongsi ruang kerja yang sama.
Aku sebenarnya tak sangka selepas habis belajar aku jumpa Fifi ni kat hospital tempat aku menjawat jawatan doktor.Aku memang tahu Fifi ni nak jadi doktor.Tapi tak sangka boleh pula jadi rakan sekerja di hospital yang sama.Memang pelik.
“A’ah.Ada orang cedera accident.Malam ni jadi tak?”Aku tanya Fifi.
“Jadi jangan tak jadi.Kau belanja tau.”Fifi terus duduk di mejanya.
“Citt..baru je nak mengelat daripada belanja kau.Ok lah.Aku kena segera.Nanti aku call kau.”Aku terus keluar untuk pergi ke bilik kecemasan di tingkat yang sama aras dengan bilik kerja aku.
Di depan bilik kecemasan aku terlanggar seseorang yang tiba tiba keluar dari bilik tu.Apa lagi terjatuh aku dengan orang tu depan pintu.
“Maaf.Saya tak sengaja.Saya kena cepat.”Aku bangun dari jatuh aku tanpa pandang muka orang tu.Orang tu pun bangun juga.Aku terus jalan nak masuk bilik kecemasan.Tapi tangan aku di paut.Aku berpaling.
“Awak tak ingat saya lagi Arissa?”Orang tu …Aliff Damien.Mata aku terus membuntang pandang dia.
“Awak makin cantik sejak kali terakhir saya lihat awak.You’re beautiful.”Romantik suara dia.
‘Arissa!Dia dah kahwin.Jangan nak buat benda macam ni.Nak cair segala.’Aku terus menepis tangan Aliff Damien dari tangan aku.Aku terus masuk ke bilik kecemasan.
“Arissa!Kenapa awak lari.Awak benci saya ke?”Hati Aliff Damien tertanya tanya.
……………………………
“Rissa!Boleh tolong umi tak?”Umi Zarina tanya aku semasa aku sedang kopek buah di tepi katil hospital di mana umi Zarina di rawat.Rupa rupanya umi Zarina pesakit yang cedera di kepala tu.Yang aku terburu buru nak masuk bilik kecemasan sampai terlanggar seseorang iaitu Aliff Damien.
Umi Zarina teraccident semasa nak pergi ke butik pengantinnya.Oleh kerana tak ada pemandu,dia bawa kereta sendiri sehingga cuai dilanggar oleh kereta dari arah bertentangan.Syukur kecederaan Umi Zarina tak serius.Dalam beberapa hari lagi dah boleh pulang.
“Arissa!Kenapa termenung.Umi tanya ni.”Umi Zarina tepuk bahu aku.Aiseymann…boleh terberangan pulak.Sebenarnya aku buntu.Macam mana Aliff Damien boleh…
“Arissa!”
“Ye ye…umi.Umi nak minta tolong apa tadi?”
“Ingatkan Rissa tak dengar.Umi nak Rissa tolong ambilkan sesuatu benda dekat butik umi.Boleh tak?”Itu je ke permintaan umi.Kacang je tu.
“Ok.Rissa pergi.”Aku terus setuju je.
“Rissa pergi dengan Damien esok ye.Bukan apa takut terjadi apa apa ke?Sekarang ni kan banyak kes.Ragutlah,rogollah,bunuhlah.Risau umi.”Lupa nak cerita.Aku baru tahu yang Aliff Damien ni anak umi Zarina.Kecil betul KL ni.Tut tut anak teruna yang umi Zarina cerita tu Aliff Damien.Tak sangka.
 Aliff Damien kalau keluar dengan aku tak ada orang marah ke?Dia kan dah kahwin.
“Ok.”Lain nak dikata lain pula keluar.Aku terus suapkan umi makan buah yang telah di kopek.
Aliff Damien dari luar pintu hanya tersenyum melihat kemesraan uminya dengan Arissa.
“Deila!Saya akan tunaikan permintaan awak.Yang awak impi-impikan.”Aliff Damien terus berlalu.Lapar!Nak pergi kantin.
…………………………………….
“Hello!Asalamuailaikum?Apa khabar adikku sayang yang berada di U.S. tu.Tak ingat kakak di sini ke?”Aku menjawab panggilan telefon dari Akmal.Adik aku tu sekarang kat U.S.Maklumlah pramugara Malaysia Airlines katakan.
“Waalaikummusalam.Akmal baik baik aje.Sihat walafiat lagi ini.Kalau tak ingat Kak Rissa,buat apa Akmal telefon akak.”Suara Akmal di sana macam gembira.
“Ye tak ye jugak kan?Bila Akmal balik.Akak nak cenderahati dari sana tu.”Cenderahati!Best beb dapat hadiah.
“Akmal balik esok pagi waktu Malaysia.Cenderahati jangan risau.Balik nanti ada surprise untuk Akak.Just wait and see.”Kejutan apa yang dikatakan itu.Macam best je aku dengar.
“Ok.Suara Mal ni macam gembira je.Dah ada calon ke.Kenalkan kat akak.”Calon isteri.Ha ha ha.Boleh pula aku tanya si Akmal yang muda 3 tahun dari aku pasal calon isteri.Aku ni umur dah 27 tahun tapi calon suami habuk pun tarak.
“Ada!Calon untuk akak.Esok Mal kenalkan.Mal nak akak kahwin dengan dia.”Apa yang budak ni mengarut.Nak suruh aku kahwin dengan orang yang aku tak kenal langsung.
“Mengarutlah Mal.Dahlah.Kat sini dah malam.Akak nak tidur.Mengantuk.”Aku nak tidur.Jam pun dah pukul 12.30 pagi.Lewat sangat.
“Nak lari dari topiklah tu.Ok lah.Esok Mal jumpa akak.Surprise untuk akak esok.Asalamualaikum?”
“Waalaikummusalam.Bye.”Panggilan telefon terus ditutup.Aku ambil bantal dan terus merebahkan kepala.Huarghh….menguap aku.Terus menikmati tidur yang lena.
………………………………………..
“Isteri awak tak kisah ke awak keluar dengan saya.Tak cemburu.”Aku tanya Aliff Damien tanpa pandang muka dia di dalam kereta yang dipandunya kerana bosan dengan suasana sunyi.Tapi Aliff Damien tak jawab.
‘Pekak ke apa?’Sedap sedap je aku labelkan orang.Aku malas nak tanya lagi.Lambat pula perjalanan ke butik umi Zarina.
“Tak cemburu pun.Dia lagi suka.”Aliff Damien tiba tiba bersuara.Aku pandang dia yang selamba badak tu.
“Suka pula isteri awak?Awak guraukan?”
“Taklah.Betul apa yang saya kata.”
Aku dah malas nak layan orang sebelah aku ni.Pandangan terus dihalakan keluar tingkap.
“Awak tak buat origami lagi?Kalau awak buat saya nak tempahlah.Nak origami burung seribu.”Aliff Damien nak origami.
Aduhai.Mesti dia nak hadiahkanya kat isteri dia.Kenapa tak seorang lelaki pun hadiahkan aku origami.Kalau ada kan bagus.Tak adalah aku sakit hati si Aliff Damien ni nak origami.Nak hadiahkan kat orang.
“Saya tak buat.Saya dah serik.Origami buat hidup saya malang.”Aku cakap macam tu ke?OMG!Origami mana ada bawa malang.Bodohnya aku.
“Origami tak bawa malanglah awak.Yang malangnya kita tak reti aturkan hidup kita.Itulah sebab hidup kita malang.”Aku hanya diam mendengar apa yang Aliff Damien kata.Betullah tu apa yang dia kata.
“Saya akan buat hidup awak tak malang lagi.Awak nak tahu caranya?”Cara tak nak buat hidup aku malang.Ada ke?Hidup aku malang ke?Setahu aku hidup aku ok je.
“Awak nak tahu tak?”Aliff Damien tanya.Aku buat tak peduli.Dia pun diam.Mungkin lihat aku tak layan dia.
Akhirnya kereta sampai di butik pengantin umi Zarina.Fuhh..lega.Terlepas azab.Aku terus buka pintu kereta dan pergi ke pintu utama butik umi Zarina.
“Arissa!”Aku pandang Aliff Damien yang sedang bersandar di depan bonet kereta Honda City hitam berkilatnya tu.
“Awak jangan terkejut kalau awak masuk nanti.Saya tadi dah cakap ada cara supaya hidup awak tak akan malang lagi selepas ni.Awak dengarkan tadi.”Aku hanya angguk.Dalam benak aku aku pelik.Boleh ke dia buat hidup aku yang tak beberapa nak malang ni jadi indah.Aku buka pintu utama.
“Arissa!”Aku pandang dia lagi.Kacau betul.
“Tak ada apa apa.”Aliff Damien dah sewel.Tergelak sorang sorang.Gila.Aku masuk dalam butik.Tiba tiba,ada sesuatu terjatuh atas kepala aku.Banyak pula tu.Reaksi aku macam nak kena pukul dengan samseng.Menjerit dan menutup muka dengan kedua belah tangan.Aku mengalihkan tangan dari muka aku.Aku pandang sekeliling.Rupa rupanya origami.Origami burung!
“Cik origami,I love You!!!”Terkejut aku.Aku pandang Aliff Damien yang tersenyum manis di sebelah aku.Entah bila dia ada kat sebelah aku.Aku hanya melopong.
“Arissa!Boleh awak jadi kekasih saya di dunia dan akhirat selama lamanya.”
Aliff Damien menghulurkan bunga.Uniknya,bunga tu bunga kertas origami yang dikumpul menjadi sejambak.
Ini ke perasaan bila seorang lelaki hadiahkan origami.Rasa yang arwah ibu rasa bila arwah ayah melamar dengan origami.Ini ke perasaannya.
“Arissa sayang.Terimalah lamaran anak umi tu.Dia mengharap sangat.”Aku berpaling ke belakang.Umi Zarina!Akmal!Macam mana mereka ada kat sini.
“Terimalah Rissa.Adik akak tu mengharap sangat.”Wanita yang aku jumpa di taman hari tu ada kat sini.Mustahil.Kenapa dia suruh aku terima Aliff Damien.Dia kan isterinya.Dia nak suruh aku jadi madu dia ke.
Hisy!Kau tak dengar ke Arissa.Kan dia kata suruh terima adik dia.Maknanya Aliff Damien tu adiknya dan Aliff Damien tak kahwin lagi.Yahoo….Aku tersenyum sedikit.
“Diam tandanya setuju.Abang Dami!Selamat berbahagia dengan Kak Rissa.”Akmal menyampuk.Macam mana pula dia kenal Aliff Damien ni.
“Kakak.Terimalah uncle.Mia nak kakak jadi mama saudara Mia tau.”Budak perempuan tu pun ada.Yang aku sangka dia anak Aliff Damien.Rupanya anak saudara.Sampai hati tipu aku.Siapa buat rancangan ni.
“Siapa buat rancangan ni.Kenapa nak kenakan Arissa.”Aku pandang mereka.Mereka berpandangan sesama sendiri.Akhirnya Umi Zarina ceritakan apa yang berlaku.
Sejak kematian Adeila,Aliff Damien terus melanjutkan pelajarannya di luar Negara.Dua tahun lepas,baru dia balik sini.Aliff Damien mencari aku setelah dia tahu yang dia amat perlukan aku.Yang dia cintakan aku.
Dalam mencari tu dia terjumpa Akmal.Macam mana boleh terjumpa tu aku tak tahu.Akmallah yang ceritakan pasal aku macam mana keadaan aku selama Aliff Damien tak ada dalam negara ni.Yang sedang rindukan seseorang.Malunya aku.
Aliff Damien dan Akmal merancang sesubatu untuk kenakan aku.So,diorang rancang katakanlah yang Aliff Damien dah berkahwin.Kakaknya jadi isteri olok oloknya dan Mia jadi anaknya.Umi Zarina juga ikut rancangan tu.Masa di taman hari tu,Umi Zarina memang dah tahu aku sedih sebab Aliff Damien.Tapi Umi Zarina pura pura tak tahu.Bijak betul mereka tipu aku.
Hal yang umi Zarina accident tu bukan dari sebahagian rancangan.Kebetulan kut.Jodoh aku dengan Aliff Damien nak dekat kut.
“So,umi dah ceritakan segalanya.Arissa nak terima anak teruna umi tak?”Umi Zarina pegang tangan aku.Aku hanya tunduk.Akmal dan kakak Aliff Damien serta Mia hanya pandang aku yang gelisah dan malu malu kucing.
Ini impian yang kau tunggu.Terimalah.Arissa!Kau sendiri kata dulu.Yang kau akan terima lelaki yang lamar kau dengan origami.
Aku pandang Aliff Damien.Dia punya muka sekarang macam kucing nak beranak aku tengok.Takutlah tu aku tak terima lamaran dia.
“Arissa tak terima…”Mereka yang ada di situ jatuh rahang mereka.Aliff Damien bangun dari sofa di ruang hadapan butik Umi Zarina.Dia nak pergi.
“Arissa tak terima kalau Aliff Damien tak nak bagitahu siapa yang buat origami beribu macam ni.”Aliff  Damien terhenti melangkah.Dia berpaling kepada aku.Aliff Damien perlahan lahan melangkah ke arah aku.
“Awak terima saya kalau saya bagitahu siapa buat origami ni kan.Ok saya bagitahu.Selama 2 tahun saya cari awak,kerja saya hanya menyiapakan origami yang beribu macam ni.Dah puas sekarang.”Aliff Damien mula tersenyum gembira.
Yahoo….Arissa terima aku.Memang betul kata you Adeila.Cinta terakhir I ialah Arissa.Terima kasih Adeila.
Umi Zarina mengucapkan syukur.Akmal dan Mia terlompat lompat gembira.Kakak Aliff Damien hanya tersenyum bahagia.
Dan aku di situ direnung macam nak dimakan oleh Aliff Damien.Aliff Damien mendekati aku dan berbisik.
“Cik Origami,I love you forever.Ingat tu sayang.”Aliff Damien terus peluk uminya.
“Kita akan buat majlis tunang minggu depan.Majlis nikah 2 bulan dari sekarang.Setuju tak?”Umi Zarina minta pandangan.Semua yang ada di situ hanya mengiyakan.
“Aliff Damien!Origami yang dulu tu macam mana?”Aku tanya dia.Origami yang aku buat beribu banyaknya tu macam mana agaknya.
“Saya dah dermakan kat rumah anak yatim.Daripada saya buang lebih baik saya bagi budak.Diorang suka main origami.”Dia tersenyum kat aku.
“Oh ye ke.Hmm…awak reti buat origami apa.Saya nak tempah.”Aku nak sakat dialah.Biar pula aku suruh dia buat origami.
“Boleh.Satu origami 2 ringgit ye.”Dia cakap.
“Mak aihh…mahalnya.Kedekutlah awak ni.Dengan calon isteri pun nak kedekut.”Aku terus muncungkan mulut aku.Semua yang berada di situ tergelak.Yang lebih lebih Akmal.
“Calon isteri tak calon isteri.Tak apa.Saya tak minta duit cuma saya minta hati awak.Awak kena bagi hati awak kat saya untuk selamanya.”Dia renung aku dengan pandangan mengancam jiwa.
Aku hanya tersenyum.Malas nak layan.Lagipun aku memang dah bagi hati aku sejak dulu lagi.Terima kasih Allah.Kerana Engkau telah beri jodoh yang terbaik bagi hamba-Mu ini.
Ayah!Adeila!Memang betul kata korang  yang origami buat orang bahagia.Dan sebelum ibu meninggal,Arissa buatkan origami burung untuk ibu.Dan ibu gembira sangat.Origami dapat menceriakan orang.
Betul! Betul! Betul!
…………………………………
Tamat
Siap diedit 4 May 2012

                                                                                                                        AkuroKimie